Thursday, September 09, 2010

Selamat Hari Raya Kerana Menang..

Lelong... Kelihatan seorang peniaga lelaki menggayakan pakaian wanita dan menunjukkan pakaian yang di jual di gerainya di Bazar Ramadan Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid di sini, malam Rabu. Tinjaun fotoBERNAMA mendapati kebanyakan peniaga menjalankan perniagaan hingga lewat pagi. Foto BERNAMA. Beginikah sepatutnya menyambut hari raya?


Hari Raya...
Bertakbir kerana menang
Bertakbir bersemangat.
..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur” (Surah al-Baqarah: 185).

Hari Raya...
Zahirkan kekuatan,
kegembiraan,
perpaduan.
Rasulullah SAW perintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).

Mengapa sampai begitu?

Kata Abu Sa’id al-Khudri,
Rasulullah SAW itu, pada Hariraya Fitri dan Adha keluar ke musolla. Perkara pertama yang dilakukannya adalah solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani
dalam 'Fath al-Bari',
Musollah itu tempatnya diketahui di Madinah, di mana antaranya dan masjid sejauh 1,000 hasta”.

Al-Imam al-Nawawi (wafat 676H)
ketika mensyarahkan hadis Nabi SAW
bersolat di tempat lapang itu menyebut:
Hadis ini menjadi dalil untuk mereka yang berpendapat disunatkan keluar bersolat hari raya di musolla. Ia lebih afdal dari ditunaikan di masjid. Inilah amalan orangramai di pelbagai negara. Adapun orang Mekah, mereka sejak dahulu bersolat di masjid (al-Masjid al-Haram)”. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 6/483. Beirut: Dar al-Khair).

Oh, dalam gembira Hari Raya,
Nabi SAW galakkankan hiburan, pertunjukan & sukaria
selagi tidak injakpijak syariat..

Dari isteri Rasulullah SAW
Ummul Mukminin ‘Aishah RA menyebutkan,
Pada hari raya Fitri atau Adha,
Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah)
dan Nabi SAW berada di sisinya.
Ketika itu ada dua gadis sedang menyanyi,
mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath
(peperangan antara Aus dan Khazraj).
Abu Bakr berkata, “Suara syaitan” (2X).
Nabi SAW pula bersabda,
Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Muslim lain menyatakan,
mereka pukul gendang
sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka.
Banyak hadis lain lagi..

Kata Ummul Mukminin ‘Aishah RA,
Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau beliau yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku, “Ya”. Lalu Nabi jadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil Nabi berkata, “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)!”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian beliau berkata kepadaku, “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya!”. Kata beliau, “Kalau begitu, pergilah”.
(Riwayat al-Bukhari).

Oh, dalam gembira Hari Raya,
Nabi SAW galakkankan hiburan, pertunjukan & sukaria
ada bunga api,
jamuan, hadiah,
duit raya,
dan segala yang gembira.
selagi tidak injakpijak syariat..

Bukan bagai tv-tv ini..
kalau ikut hati mahu kuhempaskan!
Kerana jadi tukang azan
ke masjid syaitan! (juga 2X)
Bukan bertakbir kerana menang
Bukan bertakbir bersemangat.

Selamat Hari Raya , maaf zahir batin.

Dari
Ibnu Hasyim

alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL. 9 Sept 2010

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails