Thursday, September 02, 2010

Syabas Radio Manis FM Siarkan Tazkirah Tok Guru.

KL 2 Sept 10: Blog Ibnu Hasyim mengucapkan syabas kepada Radio Manis FM yang berani memberi ruang kepada pemimpin kerajaan negeri Kelantan menyampaikan takzirah agama, khususnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan. Umat Islam Malaysia perlu sedar, begitu zalimnya kerajaan BN kepada dakwah dan keilmuan Islam di negara ini.

Usaha pernah dilakukan kerajaan negeri Kelantan supaya diberi sedikit ruang kepada MBnya untuk menyampaikan tazkirah atau perutusan kepada rakyat sehingga kini, tidak dilayan oleh RTM. Malah hak permohonan kerajaan negeri untuk mendapatkan lesen penyiaran sendiri juga tidak dilayan Kementerian Penerangan. Demikian kesimpulan yang dibuat oleh Blog Ibnu Hasyim.

Namun, beberapa stesen radio di negara jiran pernah memberi ruang kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan tazkirah agama. Stesen radio tersebut termasuk di Sungai Padi di Wilayah Narathiwat pernah menyiarkan kuliah agama oleh Menteri Besar Kelantan.

Kini, langkah serupa juga diambil oleh sebuah stesen radio swasta, berpangkalan di Kota Bharu, telah memberi ruang kepada pemimpin kerajaan negeri menyampaikan takzirah agama. Radio Manis FM milik bekas Ketua Penerangan Umno Malaysia, Tan Sri Hussin Ahmad berpejabat di Lundang, mengambil sikap berkompromi dengan Menteri Besar. Alhamdulillah.

Langkah berani yang dipelopori stesen radio terbabit membolehkan rakyat di Pantai Timur berpeluang mengikuti tazkirah agama yang disampaikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz seperti berikut.

(i) Tazkirah Ramadan itu dikeudarakan melalui stesen radio berkenaan mulai 20 Ramadan lalu sehingga 5 Syawal ini iaitu sebanyak empat kali setiap hari.

(ii) Waktu siaran bermula jam 7.30 pagi, selepas azan solat Zohor, selepas azan solat Asar dan jam 7 petang.

(iii) Bagaimanapun pada hari Jumaat siaran tazkirah selepas azan Zohor diawal kepada jam 12.45 pagi.

Program tazkirah tersebut ditaja Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan kerjasama Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri. Pendengar boleh mengikuti siaran tersebut menerusi gelombang 90.6 Megahertz di Kelantan, 102 Megahertz (Terengganu) dan 96.5 Megahertz (Pahang). Menurut jurucakapnya siaran tazkirah agama oleh Menteri Besar Kelantan diadakan sejak lima tahun lalu. (Sumber Harakah/AK)

2 comments:

Anonymous said...

LISTEN RADIO ONLINE MALAYSIA >> http://internet-radiotv.blogspot.com/2011/07/malaysia-radio-stations-listen-online.html
WATCHING TV ONLINE MALAYSIA >> http://internet-radiotv.blogspot.com/2011/07/malaysia-tv-stations-online.html

V said...

JOM MENONTON TV1 ,TV2,TVi,TV3,NTV7,8TV,TV9 alhijrahtv ,Astro Ceria ,Astro Prima ,Astro Oasis ,Astro Box Office Movie ,national geografi, discovery channel dan banyak lagi  DI >> http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html menonton secra percuma tak perlu daftar dan x perlu bayar
TERDAPAT JUGA LEBIH 207 BUAH SIARAN RADIO ONLINE BOLEH DI DENGARI SECARA LIVE DI SINI jom terjahhhhhhhhhhhhh ,maklumat penting,ada ketikanya sesetengah saluran tidak beroperasi kerana masaalah server down atau pun offline,Terdapat juga pelbagai saiaran radio dan tv dari pelbagai negara di sini live hanya untuk anda

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails