Saturday, September 04, 2010

Konsert "Paramore" , BN Bentuk Generasi Muda Begini..

PETALING JAYA : Kumpulan Rock dari Amerika Syarikat, Paramore akan menggegarkan Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk sebuah persembahan hebat pada 19 Oktober akan datang. Konsert yang diberi nama “Paramore Live In Kuala Lumpur 2010” itu dibawakan oleh Tune Talk sementara AirAsiaRedTix adalah ejen tiket rasmi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo, kumpulan rock itu merupakan sebuah kumpulan muzik yang cukup digilai di Amerika Syarikat dan usaha membawa mereka ke tanah air adalah untuk memberi peluang peminat kumpulan itu melihat persembahan mereka dengan lebih dekat.

“Kehadiran Paramore ini juga dapat memberi peluang kepada peminat mereka di rantau ini menyaksikannya melalui akses mudah dengan adanya penerbangan tambang murah AirAsia dan AirAsia X,” katanya.

Berasal dari Franklin, Tennessee, Paramore dicalonkan untuk Grammy Award pada tahun 2008 bagi kategori Artis Baru Terbaik menerusi album “Riot” yang telah terjual lebih dari 2 juta unit seluruh dunia.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Beginikah generasi muda yang akan dibentuk oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk jadi pewaris pimpinan negara melalui persembahan-persembahannya?

Lihat youtube ini sebagai contoh.. Merekalah (BN) penyubur budaya rosak akhlak pemusnah pembangunan insan dan negara!! Anda suka? Kalau tidak suka, tolak BN dalam PRU 13 akan datang! (AK)

Paramore: Pressure (LIVE)

<div class="yt-alert yt-alert-error yt-alert-player yt-rounded"> <img src="http://s.ytimg.com/yt/img/pixel-vfl73.gif" class="icon master-sprite" alt="Alert icon"> <div class="yt-alert-content"> You need Adobe Flash Player to watch this video. <br> <a href="http://get.adobe.com/flashplayer/">Download it from Adobe.</a> </div> </div>

2 comments:

Acinetobaxter said...

ini mmg aku tak sokong...ini anjuran pihak2 yg gemarkan budaya hedoisme ni...BN yg tak pantau dgn teliti...atau pandang ringan...

imranhanif19 said...

inilah generasi 1 malaysia yang akan memporak perandakan malaysia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails