Tuesday, August 31, 2010

Tok Guru Seronok Sumbangan RM500 Kpd Tiap Kakitangan


KOTA BHARU, 30 Ogos 10: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau seronok kerajaan Kelantan akan memberikan bantuan khas hari raya sebanyak RM500 kepada lebih 5,000 orang kakitangannya sebelum Aidilfitri ini.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, sumbangan yang melibatkan jumlah RM2.2 juta itu sebagai menghargai jasa kakitangan yang tekun membangunkan negeri.

Menurutnya, tarikh sebenar penyerahan bantuan khas itu belum diputuskan tetapi cek berkenaan telah siap diurus. Tambahnya, kakitangan awam bermula dari gred 54 dan ke bawah layak menerima bantuan khas itu.

Beliau mengumumkan perkara itu selepas solat sunat tarawih di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini malam ini. (2MA)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails