Sunday, August 29, 2010

Usahawan Melayu Tawarkan Arak Di Pusat Hiburan

Pengunjung sebuah pusat hiburan di Kota Pendamar, Pelabuhan Klang menjalani ujian air kencing kelmarin.

Tawar cabutan bertuah arak

PELABUHAN KLANG 20 Ogos 10: Melampau dan memalukan umat Islam. Itulah gambaran sebuah pusat hiburan dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki Melayu di Kota Pendamar di sini yang memberikan kupon kepada pelanggan bagi setiap minuman keras dibeli untuk melayakkan mereka mendapat cabutan bertuah berupa arak dan wang tunai.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilihat tidak menghormati bulan Ramadan, lebih-lebih lagi rata-rata pelanggannya juga adalah orang Melayu.

Kegiatan itu bagaimanapun terbongkar selepas pusat hiburan itu diserbu oleh polis, pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) kira-kira pukul 12 tengah malam kelmarin. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bila lagi Malaysia akan jadi kawasan bebas arak? Siapa sebenarnya yang masih mempertahankan arak di Malaysia?

Arak. Arak. Arak. Klik sini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails