Sunday, July 26, 2009

Kes Arak, Apakah Najib Perlu Dirotan atau Disebat??

PERTAMA: Berita.. Thu Jul 23, 2009,Mujur saya dihukum

IPOH: “Saya akan terima hukuman di dunia. Hukuman di akhirat kelak biar Allah s.w.t yang menentukannya. Saya menghormati keputusan mahkamah dan mengaku itu kesalahan saya, bukannya kesalahan ibu bapa, keluarga saya atau orang lain.

“Justeru, saya memohon mahkamah mempercepatkan hukuman sebatan itu memandangkan mahkamah belum memberitahu bila hukuman ini akan dijalankan,” kata model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Dia yang dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah meminum arak, memohon supaya mahkamah mempercepatkan hukuman sebatan supaya dia boleh menumpukan masa depan bersama keluarganya.

“Saya anggap ini ketentuan Allah dan balasan kepada saya kerana memandang ringan soal agama. Sekiranya kejadian ini tidak berlaku mungkin saya masih lagi ‘hanyut’ dalam keseronokan dunia.

“Namun, saya bersyukur keluarga saya tetap menerima saya walaupun sudah menconteng arang dan memalit lumpur ke muka mereka,” katanya sambil menitiskan air mata pada sidang media di sini, semalam.

Kartika menasihatkan kepada kepada golongan muda supaya tidak melakukan perkara yang boleh membawa aib kepada diri dan juga keluarga.

“Apa yang boleh saya katakan, sebelum melakukan sesuatu, perasaan keluarga terutama ibu bapa perlu diambil kira agar maruah mereka tidak tercalar,” katanya.

Beliau yang berasal dari Sungai Siput, dekat Kuala Kangsar, menetap 15 tahun di Singapura sejak berkahwin dengan warga negara republik itu dan mempunyai dua anak berusia tujuh dan lima tahun.

Sementara itu, bapa Kartika, Shukarnor Mutalib, 60, berkata hukuman dikenakan terhadap anaknya itu tepat dan wajar kerana berlandaskan undang-undang Islam.

“Memang tidak dapat dinafikan saya terkejut dan kecewa apabila mengetahui berita itu kerana sejak kecil saya didik dia dengan ilmu agama yang cukup tetapi saya sedar bahawa dia hanya insan biasa dan kadangkala tergelincir daripada landasan.

“Saya terus ke Singapura untuk mendengar sendiri penjelasan daripadanya,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, keluarganya tetap akan menyokong anak keempat daripada sembilan beradik itu dan bersyukur kerana Kartika sudah insaf dan mengakui kesilapannya.

“Selepas hukuman sebatan itu dilakukan, saya merancang untuk menghantar dia ke Makkah untuk mengerjakan umrah bagi menebus kembali kesilapannya,” katanya.
Sumber: Harian Metro


KEDUA: Ulasan Dr Lo'Lo': Kenyataan YB Dr. Lo’lo’ isu hukuman sebat ke atas pesalah minum arak untuk membetulkan kenyataan media (Julai 23 200900)

Artikel Themalaysianinsider.com bertarikh 23/07/2009 dengan tajuk-tajuk berikut “Outrage Over Caning For Model” dan “Syariah Lawyers Association Regrets Shahrizat’s Statement On Whipping Of Model” adalah dirujuk. Di dalam kedua-dua artikel tersebut ada menyiarkan seperti berikut :

a) Titiwangsa MP Lo'lo Mohd Ghazali, who is also head of the women's wing of the opposition PAS, said that punishment should educate and not cause hurt.
b) Shahrizat said she was shocked by the Syariah Court decision and called for a fair and just punishment. Meanwhile, Dr Lo'lo was surprised that whipping of women was sanctioned by the Malaysian syariah law adding punishment should be educational, and not to cause hurt.

Petang semalam saya telah dihubungi oleh wartawan meminta saya memberi sedikit komen berkaitan hukuman oleh Mahkamah Syariah Kuantan yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang model sambilan atas kesalahn meminum arak. Saya telah memberikan komen saya dengan sucihati megikut pengetahuan saya berkaitan hukuman dan realiti masyarakat Malaysia. Malangnya terdapat pihak-pihak yang melihat kenyataan di akhbar dari konteks yang lain.

Pertama, saya terkejut dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Kuantan ke atas model tersebut. Memang saya terkejut kerana ada juga Mahkamah Syariah di Malaysia yang berupaya menghukum pesalah dengan hukuman sebegitu walaupun peruntukkan tersebut telah lama ada. Tetapi baru sekarang hukuman sebegitu dijatuhkan bagi pesalah kesalahan tersebut. Saya amat bersetuju dengan hukuman tersebut kerana sekurang-kurangnya hukuman tersebut begitu hampir dengan hukuman Hudud. Di dalam Hudud, hukuman bagi pesalah minum arak adalah 40 kali sebatan malah ada ulamak yang mengatakan sehingga 80 kali sebatan.

Sebelum ini tiada Mahkamah yang menjatuhkan hukuman sebegitu walau pun Mahkamah Syariah sepatutnya menghukum mengikut hukaman Allah tetapi di Malaysia ini hukuman yang dikenakan tidak seperti yang ditetapkan Allah dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Apabila Mahkamah Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman sebat ke atas model tersebut, ini membuatkan saya terkejut. Bukan terkejut kerana hukuman tetapi terkejut kerana keberanian Hakim Mahkamah Syariah tersebut. Syabas kepada beliau. Kedua, saya mengatakan sebarang bentuk hukuman yang dikenakan samada denda, sebatan atau penjara, semuanya hendaklah dalam bentuk untuk memberi pengajaran kepada pesalah, bukannya untuk mendera atau menyebabkan kecederaan kepada pesalah.

Hukuman di dalam Islam adalah untuk memberikan pengajaran kepada pesalah dan khalayak supaya menginsafi perbuatan itu. Di dalam kes ini, saya berpendapat masyarakat umumnya masih tidak memahami kaedah bagaimana sebatan ke atas pesalah dilakukan. Adakah ianya dilakukan sama seperti pesalah-pesalah jenayah lain di dalam undang-undang jenayah sivil. Masyarakat umum mengetahui bagaimana hukuman sebat dilakukan ke atas pesalah jenayah sivil seperti di dalam kes pengedaran dadah, merogol, meliwat dan sebagainya. Adakah hukuman sebat di Mahkamah Syariah dilakukan dengan kaedah yang sama?

Inilah kebimbangan yang saya sebutkan kepada wartawan tersebut bimbang hukuman sebat ini dianggap sebagai hukuman Mahkamah Sivil sehingga memberi tanggapan buruk kepada Mahkamah Syariah, lebih-lebih lagi yang dihukum seorang wanita. Ini yang perlu diperjelaskan. Inilah maksud saya bila saya mengatakan hukuman sepatutnya untuk tujuan pengajaran, bukan untuk mendatangkan kecederaan. Saya merujuk kepada Titiwangsa MP Lo'lo Mohd Ghazali, who is also head of the women's wing of the opposition PAS, said that punishment should educate and not cause hurt. Artikel ini dengan jelas tidak tepat kerana saya bukan Ketua Muslimat PAS seperti yang didakwa.

Justeru saya mengharapkan agar tiada pihak yang sewenang-wenangnya mempercayai sebarang tulisan di akhbar sebelum mendapat maklumat secukupnya. Saya kira sudah sampai masanya pihak berkuasa di Malaysia iaitu UMNO/BN “merotan” Pengurus MAS yang menyebabkan semua mereka yang berada dalam satu-satu penerbangan terlibat secara langsung dengan arak, iaitu dari pramugara/i yang hidang arak sehinggalah pilot yang mengemudi kapal terbang tersebut. Begitu juga perlu “disebat” pihak yang terbabit berpuluh-puluh tahun membiarkan orang-orang Islam terlibat secara langsung dengan arak di hotel-hotel, 7- Eleven, pasaraya-pasaraya dan pekerja-pekerja Islam di kilang Carlberg.

Akhir sekali, SYABAS KEPADA MAHKAMAH SYARIAH KUANTAN dan Syukur Alhamdulillah kepada Puan Kartika Sari Dewi Shukarnor yang telah menginsafi perbuatan tersebut. Moga Allah menerima taubat hambaNya yang menyesali kesalahan. DI SINI SAYA LONTARKAN PERSOALAN INI KEPADA SEMUA ORANG ISLAM DI MALAYSIA, SIAPAKAH YANG SEPATUTNYA DISEBAT DALAM ISU ARAK DI MALAYSIA??...(Sumber :Blog DR LO'LO')

Komen Blog Ibnu Hasyim:
Merujuk kepada pesan Nabi Muhammad SAW "Rasulullah SAW melaknat tentang arak, 10 golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarkan arak, (6) yang menuangkan arak, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Menurut hadis ini apakah ' (8) yang memakan harganya' termasuk kerajaan paling berkuasa di Malaysia yang mengutip cukai arak? Kalau kerajaan Malaysia terlibat mewajibnkan apakah PM Malaysia yang patut disebat atau dirotan?? (AK)

11 comments:

Anonymous said...

Nik aziz patut kena sebat dulu..
Selalunya suaranya amat lantang..tapi bila bab-bab yang dia atau puak-puak dia terlibat dia tak lantang..
Adakah di Kelantan dah bebas arak..adakah di Selangor dah bebas arak....adakah di Perak semasa PAS MB ada tindakan kepada penjual dan akativiti per Arakan???
Walaupon tak dapat bebas arak Patutnya PAS amat lantang dimana saja..jangan tuding hanya untuk political milage..Allah lebih mengetahui..
Mengapa Pemimpin PAS yang telah diberi peluang berkuasa oleh Allah tidak dapat menyuarakan dengan lantang ..menghapuskan kilang ARAk yang besar tu! ..kenapa tak ada yang berani nak berdemonstrasai??/..takut??jaga hati orang??
Yang mudah Arak di 7 Eleven pon tak boleh halang???..
Ingatttt!!!
Cuba lihat Dr Lo Lo..no kepada sebat..apa nak jadi..kita??

Anonymous said...

Saya cadangkan supaya pihak-pihak berikut juga menerima sebatan apabila berlaku kes minum arak di mahkamah syariah negeri yang mana kes tersebut telah disabitkan kesalahan:-

1) sultan
2) mufti
3) menteri besar
4) exco beragama Islam
5) perdana menteri
6) menteri2 beragama Islam.

Mereka di atas telah lupa amanah Tuhan, amanah para rasul dan amanah seluruh umat Islam supaya mengharamkan penjualan arak di bumi mana mereka berkuasa.

faizalpaintwork said...

apa punya komen la ni.macam budak tak sekolah aja.ingat satu malaysia ni org islam saja ka?dah 52 tahun umno memerintah kenape tak tanye pasal apa tak tutup kilang arak tu..?siap ada union lagi untuk orang islam kat kilang tu apa cerita?jangan nak 'bodoh'kan orang la dengan komen macam ni..1 malaysia dah tau sapa punye angkara beb!

TEKONG DARAT said...

bodohnya anon no 1...
arak kelantan tu ada lesen ker?...
ngko ni anti islam kan?...
puak munafik kAN?...

A.Rahman Ali. said...

Sokong tekong darat.. memang itu puak munapik.

Ruzi Shuib said...

ana sokong Tok Guru Nik Azizi di sebat juga, kerana dia hanya memperjuangkan Parti PAS dan Pakatan Rakyat semata mata, sanggup menjaga hati DAP demi politiknya.
Dia bukan perjuangkan Islam sejati.
Cakap tak serupa bikin, berbelit..ikut sedap mana yang daspat sokong undi sahaja.

A.Rahman Ali. said...

Fasai apa tak suruh sebat Dr Mahathir yg yang menentang PAS nak buat hudud dulu??? Najib termasuk kuncunya.

UMNO jelas tak mahu buat negara Islam, depa kata, tu hudud pas. Hudud umno mana? Pun tak buat juga. umno tak berkawan dengan kafir, mca, mic dn segala macam? Berkawan dengan parti kafir salah? umno pun parti tak islam jugak. Tak Islam bukan kafir?

Anonymous said...

Buat orang-orang yang beriman yang telah diberi amanah pemerintahan oleh Allah SWT, ingatlah perintah-perintah Tuhan yang bermaksud,

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui." (QS.al-Anfaal 8:27)

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang yang kafir itu, niscaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi." (al-Imron 3:149)

TIDAK MENGHARAMKAN JUALAN ARAK BERERTI MENTAATI PERMINTAAN ORANG-ORANG YANG KAFIR.

Anonymous said...

meme la ano 2...bodoh gler cakap.otak duk kat lutut ker kat punggung or kat ketiak rosmah erk???nak syarah org tapi dia macm pelesit biawak r...
KEPADA ANONYMOUS..(dengar nih baek2)..jgn lah berak di air deras yer anony..ckap 2 bau bangkai yang binatang la ko nih..nih mesti muka ko pom cm hantu najib yang kutip tahi rosmah dan najib nih..busuk la ko nih ANONYMOUS...

Anonymous said...

ano no.1 2....memang ang nih cam belacan la..elok sebat ano no.1 nih sampai mampus laaa.cakap cam budak kutip bulu punggung najib n rosmah la ko nih.kalo lah ko nih aku tahu..dapat mu aku colek letok dale tin sekut laa.aiii..ya ALLAH bukokn lah hati hamba-Mu ano no.1 nih.biar lah dy sedar ckit.kalu budok ko ore tuo ko ano no.1 nih ore kelate aku jijok mapuh dok nih.aku g letok pak jin tender la mu ano no.1 wei..sdar bnyok2 la wei mu 2 kutub tok guru.aiii...nauzubillah la ore2 kito jgn jd supo ano no.1 tu.

Anonymous said...

Adakah ini hukuman Allah? Sepatutnya 40 sebatan dan bukan 6 sebatan dan RM5000 atau 3 tahun penjara. Jika ia hukuman Allah, mengapa 6 sebatan dan mengapa RM5000 atau 3 tahun penjara pula? Jika di sebat 40 kali sebatan baru dinamakan Hudud atau mengikut ajaran Islam yang sudah dikatakan di dalam Hadis, maka jika di lakukan di akhirat nanti dosa itu tidak akan diungkitkan lagi. Jika hanya 6 sebatah maka di akhirat nanti pesalah tetap kena jawab dosanya di akhirat kelak. Lagi pelik, mengapa hanya 3 negeri yang ada hukuman sebatan? Adakah ini 1 Malaysia? Sepatutnya setiap negeri di Malaysia mesti mengikut undang2 yang sama dan bukan berlainan untuk menuju kepada 1 Malaysia.

Sebagai manusia kita sentiasa lupa dan dimanakah pencegahan sebelum maksiat berlaku? Adakah Kartika dicegah sebelum ia melakukan perbuatannya itu?

Agak musykil juga jika sebuah negeri Islam juga ada membina sebuah tempat berjudi di Genting Highlands. Adakan ini satu percagahan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails