Wednesday, July 29, 2009

Muka Tak Malu.. Mohon Maaf, Utusan Tak Sengaja?

Tak sengaja: Utusan mohon maaf kepada MB Kelantan 29 Jul 2009 3:36PM

UTUSAN MALAYSIA memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.

YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.

Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.

Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.

Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut. / Utusan Online

Blog Ibnu Hasyim: Tok Guru kata, nasihat beliau "tidak semestinya didengar" 'ter'tukar jadi "Nasihat saya mesti didengar"... Utusan Tak Sengaja? Muka Tak Malu.



(AK)

3 comments:

TEKONG DARAT said...

jgn kira...
saman jer...
melampau lampau...
ini laa pelampau

Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki said...

Kalau mcm ni cerita dier, lpas ni pihak media massa di Malaysia perlu buat satu prosedur semasa mengambil kakitangan, terutamanya wartawan, iaitu proses angkat sumpah kalau laporan yang dibuat bercanggah dengan perkara sebenar maka akan dilaknat oleh ALLAH SWT.

Kalau nak hebat lagi, bagi wartawan yang dah berkahwin, seandainya laporan diputarbelitkan, maka terus jatuh talaq tiga. Style yg dibuat oleh PAS kpd ahli2ny yg bertanding supaya mereka tidak akan berani lari dr perjuangan seperti melompat parti dan sebagainya.

Dengan itu, xde sape yg berani nak buat berita2 yg diselewengkn drpd kebenaran.

WaLLAHuta'ala a'lam.

Anonymous said...

SAPA YANG PATUT MALU.PATUTNYA PENGIKUT TAKSUB KENA MALU PASAL DARI PADA ISU ITU LAH TELAH BANYAK DOSA BERLAKU.BOLEH KE BILA KIT JADI PEMIMPIN KITA KATA CAKAP AJA KEMUDIAN KAU NAK IKUT KE TIDAK KAU PUNYA PASAL.APA... PENGIKUT PENGIKUT NI MACAM KAYU PARIA KE .BODOH TAK BERILMU SAMPAI TIDAK PERLU SYURA DAN TIDAK PERLU MABBUAT PENILIAN KE.UTUSAN MOHON MAAF PUN DAH UNTUNG PASAL TAK MAHU MENGHURU HARA KAN PEMIKIRAN UMAT ISLAM.PASAL ISU SEBENAR HILANG TIMBUL ISU REMEH. MASALAHNYA DAH TERLALU TAKSUB NAK BUKA MINDA SUPAYA BACA UTUSAN PUN DAH PAYAH.TAPI JUAL UTUSAN UNTUK NAFKAH.PATUT PARTI SAPA YANG MALU .PASAL SURUH PULAU UTUSAN.PULAULAH..MEMANG HIDUP MINDA TIDAK BERKEMBANG.BACA YANG PANAS PANAS BUKAN TAK BOLEH .TAPI BEZA KAN FITNAH DENGAN NYATA.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails