Tuesday, August 11, 2009

Arak: 'Kawalan Kendiri' MB... PAS Beri Tempuh Se bulan.

Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali sedang membaca khutbah di Masjid Ar-Raudhah Tanjong Karang.

PAS Selangor kini sedang meneliti cadangan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar berhubung 'kawalan kendiri' terhadap penjualan arak dan memohon agar MB tersebut memberikan penerangan lanjut berhubung kaedah kawalan beserta mekanismanya. Jika dalam tempoh sebulan kaedah itu didapati gagal atau tidak berjaya maka PAS Selangor akan mengemukakan cadangan balas yang difikirkannya wajar untuk mengatasinya.

Demikan kenyataan yang dibuat oleh YB Datuk Dr Hasan Mohd Ali selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor selepas satu Mesyuarat Khas Badan Perhubungan Negeri yang diadakan pada 09 Ogos Ahad lepas. Mesyuarat diadakan bagi membincang segala maklum balas dan pandangan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak, khasnya dari kalangan masyarakat Melayu/Islam di negeri ini berhubung isu melibatkan kawalan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Melayu/Islam di Selangor.

PAS Selangor juga mahu isu kontroversial ini tidak dieksploitasi atau diputarbelitkan oleh mana-mana pihak termasuk Umno dan BN. PAS merakamkan ucapan ribuan terima kasih serta sangat menghargai segala bentuk sokongan, galakkan serta pandangan positif yang mencerminkan keprihatinanrakyat, tidak pernah menyarankan ahli-ahlinya menganjurkan sebarang “road show” bersama dengan Umno/BN.

Melalui Mesyuarat Khas itu, PAS Selangor telah mengkaji dan menilai semula segala tindakan-tindakan yang telah diambil dan menegaskan akan terus konsisten dengan tuntutannya melalui Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor. Harus ditegaskan bahawa tuntutan itu bukannya ke arah “total ban” atau larangan menyeluruh penjualannya seluruh Selangor, tetapi sebaliknya hanya di kawasan majoriti Melayu/Islam sahaja, demi membentuk sebuah masyarakat yang sihat dari gejala buruk akibat peminuman arak ini.

PAS Selangor juga ingin menegaskan bahawa ia tidak pernah sekali-kali menuntut agar YB EXCO Kerajaan Tempatan Selangor Tuan Ronnie Liu digugurkan dari barisan EXCO kerajaan negeri, tetapi hanya perubahan jawatan kepada YAB MB sendiri atau mana-mana Exco lain yang MB fikirkan sesuai. (Sumber Jiwo Kelate).

2 comments:

Anonymous said...

Semoga PAS tidak terjebak dan terperangkap dengan helah orang-orang munafik (mengaku Islam tetapi memusuhi Islam) yang berselindung disebalik botol-botol todi! Silap percaturan...terikutlah masuk jemaah munafik.

Wak Labu Farm said...

Anak2 muda hari ini terlalu giarah berpolitik. Malang nya mereka sangat kurang atau terlalu cetek tentang 'kuasa politik'.

Kuasa politik Tanah Melayu harus di terajui oleh Melayu/Islam. Ertinya ketua pentadbiran Melayu/Islam dan EXCO nya mestilah lebih 51% Melayu/Islam. Jika perkara ini TIDAK berlaku ini bermakna 'kuasa politik Melayu/Islam' tidak ujud.

Perkara ini sudah berlaku di negeri Perak. Walaupun PAS cuma ada 6 kerusi DUN, wakil PAS menjadi Menteri Besar Perak. Tetapi jika di lihat pada barisan EXCO nya, PAS cuma ada seorang ahli sahaja. Sedangkan DAP/PKR ada 9 ahli EXCO nya.

Jika di pecahkan kepada kaum, Melayu/Islam cuma ada 3 ahli EXCO berbanding DAP/PKR 7(bukan melayu/Islam). Inilah yang di namakan Melayu/Islam sudah kehilangan 'kuasa politik' nya.

Fikir2 kan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails