Monday, August 10, 2009

Ditahan Kerana Negara Islam, Radikal , Tauliah Dan.. ?

20 lelaki dan perempuan ditahan kerana ajaran sesat dikaitkan dengan JAIS...

Ahad Ogos 9, 2009: 20 pengikut kumpulan radikal ditahan di NS. Dipercayai anggota kumpulan Negara Islam Indonesia

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINs) telah menahan 20 anggota dipercayai dari sebuah kumpulan radikal Islam dalam operasi khas di Taman Perindustrian Oakland di sini hari ini.

Dalam operasi bermula 11 pagi tadi di sebuah rumah kedai tingkat atas sebuah restoran Cina di Jalan Haruan di sini, JHEAINS turut menahan seorang lelaki berpakaian kemas dan berkereta mewah berusia 28 tahun, dipercayai ketua kumpulan itu.

Ketua Operasi JHEAINS, Mohd. Zol Sidek berkata kumpulan lelaki dan wanita berusia dalam lingkungan usia 20-an ditahan ketika menjalankan kuliah mereka.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan jika anggota kumpulan itu mempunyai kaitan dengan pergerakan Negara Islam Indonesia (NII), yang didakwa berjuang menubuhkan sebuah negara Islam.

"Buat masa ini, kita belum dapat kaitkan kumpulan ini dengan NII kerana masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita di lokasi operasi itu di sini.

Katanya anggota kumpulan itu ditahan atas kesalahan mengajar tanpa tauliah dan dikesan menyebarkan dakyah yang bertentangan dengan Islam.

Menurutnya, kegiatan kumpulan itu dimaklumkan kepada mereka oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang telah melakukan beberapa tangkapan terhadap anggota kumpulan itu di negeri itu.

Mohd. Zol berkata anggota kumpulan itu akan didakwa mengikut Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2003 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara.

Katanya, kumpulan itu sudah mula begerak sejak 1998 tetapi hanya aktif pada 2003.

Sumber Bernama memberitahu kumpulan NII ditubuhkan di Indonesia untuk tujuan menegakkan sebuah negara Islam tetapi berkiblatkan ajaran agama yang agak radikal.

Mengikut ajaran kumpulan itu, orang bukan Islam harus diperangi serta orang Islam yang tidak mengikut kumpulan mereka dianggap bukan Islam. BERNAMA

Komen Blog Ibnuhasyim:Berita ini menyebutkan mereka ditahan kerana nak tubuhkan negara Islam walaupun belum dapat dikaitkan, radikal, tiada tauliah, menyebarkan dakyah yang bertentangan dengan Islam, dan mengajarkan orang bukan Islam harus diperangi serta orang Islam yang tidak mengikut kumpulan mereka dianggap bukan Islam. Benarkah? Kita tunggu pembicaraan.. (2MA)

3 comments:

Srikandi Malaya said...

Ini hasil perbicaraan: mereka telah disabit kan bersalah...

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/11/mstar_berita/20090811100640&sec=mstar_berita

Xenan said...

bro ibnu hasyim,

Saya berani confirm ini ajaran sesat n menyesatkan.Pernah saya di approach oleh mereka dan berdebat.

Sila google gerakan pemuda kahfi di malaysia n azzaytun di indon.sama jek tuh.

Negara islam tuh cuma tektik utk mengepow duit ahli atas nama infaq

Ibnu Hasyim said...

Tuan Srikandi & Xenan,

T. kasih kepada maklumat yang tuan beri..

Alhamdulillah. Kita saling bantu membantu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails