Thursday, July 05, 2018

Wujud Kerjasama PH-Umno, Ini Makin Terbukti..




ALOR SETAR: Dakwaan kononnya PAS menjalin kerjasama dengan Umno sebaliknya sekarang terbukti Pakatan Harapan (PH) memerlukan Umno bagi mengukuhkan kedudukannya.
Semalam muncul lagi jalinan kerjasama itu apabila tiga Adun Barisan Nasional memihak kepada PH ketika pengundian pelantikan Speaker.
Wakil rakyat terbabit iaitu Adun Guar Chempedak, Dato’ Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, Adun Bandar Baru, Dato’ Norsabrina Mohd Noor dan Adun Sungai Tiang, Dato’ Suraya Yaacob.
Mereka sebelum ini pernah mengisi barisan Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) ketika diterajui Dato’ Seri Mukhriz Mahathir pada awal penggal ke-13.
Ketua Pembangkang Dun Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor berkata, tuduhan yang dilemparkan terhadap PAS sejak 2016 kononnya akan berpakat bersama Umno meleset sama sekali.
"Keputusan hari ini membuktikan siapa sebenarnya yang berpakat dengan BN. Rakyat boleh menilai sendiri terhadap tuduhan yang dilempar kepada PAS selama ini,” katanya selepas majlis pelantikan Speaker Dun dan angkat sumpah Adun Kedah di sini semalam.
Calon daripada Pakatan Harapan, Dato' Ahmad Kassim dilantik sebagai Speaker Dun Kedah selepas memperolehi 21 undi.
Manakala calon daripada PAS, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi mendapat 15 undi.
Perlantikan berkenaan diumumkan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Kedah, Iqbal Ahmad.
Malah Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata keputusan Adun BN Kedah menyokong Speaker daripada PH direstui Badan Perhubungan Umno Kedah. - HARAKAHDAILY 5/7/2018

11 comments:

Anonymous said...

Umno memilih PH kerana merasakan PH lebih jelas hala tuju perjuangan untuk rakyat berbanding dengan hala tuju Pas yang kabur.
Lagipun PH memerintah diperingkat pusat.
Buat apa Umno bekerjasama dengan Pas sesama pembangkang yang tidak menguntungkan rakyat.

Anonymous said...

Umno ug dng ph. Dulu tabur fitnah pas ug dng umno. Boleh pulak dasar munafik

mahligaiseni said...

PALING KIRI KANAN APABILA BERKATA-KATA. LIHAT YANG INI JUGA, YA, PAS...

https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/07/prk-sungai-kandis-pas-selangor-cadang.html

Anonymous said...

Ada beza sokong perlantikan Speaker dengan bekerjasama semasa prk di Sungai Kandis. UMNO dan PAS akan bergabung kekuatan dalam pertandingan merebut kerusi PKR.

Kalau kalah PRK kesannya tak teruk sangat tapi kalau kalah dan hilang 3 kerusi yang ada mana nak letak muka.. PAS kalau hilang 3 kerusi pun tak memberi kebaikan juga.

Barangkali pengaruh PAS yang tak kuat. Sepatutnya PAS berjaya pujuk UMNO supaya berpihak pada PAS dengan menyokong calon PAS. Tapi terbukti PAS hanya parti untuk Kelantan dan Terengganu..

mahligaiseni said...

SAUDARA 11:49, SYABAS. SAYA BERSETUJU.

Anonymous said...


untung lah ada yg mampu berkerjasama utk rakyat... klu dapat upah pentadbiran lg haru...

Anonymous said...

Babi penerangan pas selangor..mohd shahir,ada ke patot,dia syorkan kerjasama dgn umno utk kuatkan pembangang di selangor..baru nk hentam kedah..binatang ni bt hal pl..sial pas!sial pas..umno xsibuk pas yg sibuk.

Anonymous said...

KATA ORNG DIA YG LEBIH!

Pas perlu membentuk kerjasama dengan Umno bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Kandis, kata Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir.
Menurutnya, kerjasama itu antara pilihan terbaik untuk menguatkan suara pembangkang serta mengimbangi kekuatan Pakatan Harapan (PH).

“Secara peribadi saya mengesyorkan supaya Pas dan Umno membentuk kerjasama bagi kerusi Dun Sungai Kandis.

“Saya melihat adalah lebih baik jika berlaku pertandingan satu lawan satu bagi kerusi ini.

“Dalam konteks di Selangor, PH sangat kuat dan bagi memastikan proses demokrasi dapat berjalan dengan baik, adalah penting untuk mempunyai pembangkang yang kuat di Selangor,” katanya dipetik dari NSTP.

Pada PRU-14 lalu, Pas Selangor hanya mendapat satu kerusi Dun manakala BN (4) dan PH berjaya menang di 51 kerusi Dun.

Walau bagaimanapun, Dun Sungai Kandis yang disandang Mat Shuhaimi Shafiei kosong apabila beliau meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.

Mengulas lanjut, Roslan berkata, Pas dan Umno perlu membuang ego masing-masing dengan meletakkan kepentingan Islam sebagai asas untuk menjadikan kerjasama tersebut satu kenyataan.

“Mungkin PRK DUN Sungai Kandis ialah perintis kepada lebih banyak kerjasama antara Pas dan Umno pada masa depan,” ujarnya.

Walaupun begitu, beliau sebagai ahli parti akur dengan semua keputusan Pas Pusat berhubung hal tersebut.

Anonymous said...

Babi penerangan pas selangor..mohd shahir,ada ke patot,dia syorkan kerjasama dgn umno utk kuatkan pembangang di selangor..baru nk hentam kedah..binatang ni bt hal pl..sial pas!sial pas..umno xsibuk pas yg sibuk.

Anonymous said...

Nk ketawa jap. Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha

Anonymous said...

PRK Sg Kandis= PAS join UMNO lantik calon PASUM-No...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails