Saturday, August 20, 2011

Ahli Umno Kini 3.27 Juta. Makin Hebatkah?


KL 20 Ogos 11: Ahli Umno di seluruh negara kini telah berjumlah 3,270,444 juta dengan negeri Sabah, Johor dan Selangor mendahului jumlah tertinggi ahli di antara negeri-negeri yang lain, demikian menurut presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Sabah 483,013, Johor, 450,004, Selangor 428,525, negeri-negeri ini adalah tiga yang paling tinggi," katanya.

Bercakap kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Najib turut mengumumkan penganjuran forum antarabangsa yang akan diadakan sekali lagi semasa Perhimpunan Agung Umno tahun ini dengan penyertaan lebih banyak peserta dari parti-parti luar negara.

"Majlis Tertinggi mengambil keputusan bahawa peserta yang dijemput dari parti-parti luar hendaklah dipelbagaikan untuk meliputi parti-parti yang berkuasa ataupun parti-parti yang mempunyai kedudukan di negara-negara tertentu.

"Jadi kita akan menjemput antaranya parti-parti politik di United Kingdom, Australia, Maldives, Madagascar, Amerika, Kesatuan Eropah dan juga ahli-ahli jawatankuasa bertindak ICAPP (Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia)dan ahli-ahli jawatankuasa Political Party of America and Caribbean," katanya.

Beliau berkata, penyertaan yang lebih menyeluruh pada kali ini diharapkan agar lebih memberi pemahaman kepada mereka mengenai hala tuju dan dasar-dasar yang diperjuangkan oleh Umno. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails