Wednesday, August 17, 2011

AS Biadap, Campurtangan Soal Agama Indonesia

Presiden Indonesia

Susilo pertahan reputasi toleransi agama

JAKARTA: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono semalam mempertahankan reputasi kepelbagaian agama di Indonesia selepas pentadbirannya dikritik kerana gagal menangani jenayah kebencian agama.

Dalam ucapan sempena Hari Kemerdekaan Indonesia, Susilo berkata, keharmonian beragama di negara berpenduduk majoriti Islam itu kini berdepan pelbagai ancaman. Beliau bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jaminan kepada golongan minoriti yang kerap menjadi mangsa serangan ekstremis agama sejak beberapa bulan lalu.

"Walaupun timbul cabaran dan ancaman terhadap kepelbagaian agama, toleransi serta keharmonian sosial, kita tidak boleh berganjak daripada kepercayaan kita bahawa Indonesia adalah sebuah negara yang mampu untuk hidup dalam kepelbagaian agama," katanya dalam ucapannya itu.

Ucapan beliau disampaikan selepas beberapa kumpulan hak asasi manusia berang berhubung hukuman ringan yang dijatuhkan ke atas beberapa penduduk yang membunuh tiga pengikut mazhab minoriti pada Februari lalu.

Sebuah mahkamah memenjarakan 12 pengikut mazhab Sunah masing-masing di antara tiga hingga enam bulan walaupun mereka menyerang dengan ganas beberapa pengikut mazhab Ahmadiyah di depan polis.

Mahkamah sama kelmarin memenjarakan seorang mangsa pengikut Ahmadiyah yang selamat dalam serangan itu selama enam bulan kerana mempertahankan dirinya dan rakan-rakannya.

Keputusan mahkamah berkenaan yang dilihat berat sebelah dikritik oleh Amerika Syarikat- AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ahmadiyah adalah sebuah ajaran sesat, dan bukannya mazhab dalam Islam. Zaman pemerintahan Islam, selepas Nabi SAW wafat, Khalifah pertama Abu Bakar terus memerangi ajaran sesat yang mengancam agama Islam. Itu tugas utama beliau. Soalnya sekarang mengapa Amerika Syarikat (AS) begitu biadap mencampura hal ehwal agama Islam di negara orang lain, dengan tidak memperdulikan realiti masyarakat?

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails