Sunday, August 14, 2011

Suara Balik Tabir Upin -Ipin, Tak Mahu Jadi Pelakon

Asyiela Putri serasi bersama Upin & Ipin
HALAMAN HIBURAN
Mungkin tidak ramai yang tahu, di sebalik suara unik animasi popular Upin & Ipin, tersembunyi wajah si cilik, Asyiela Putri Azhar, 9, yang cukup sinonim dengan karakter itu.

Dengan tagline betul...betul...betul, ia mencetus fenomena tersendiri, bukan sahaja di negara ini, bahkan di negara jiran seperti, Brunei, Singapura dan Indonesia. Biarpun berjaya mencipta fenomena dan mendapat tempat tertinggi dalam senarai kartun animasi, Asyiela lebih selesa bergerak di sebalik tabir.

Menurut Asyiela, walaupun dia dikenali melalui siri kartun ini, dia tidak pernah mengimpikan untuk menjadi pelakon popular suatu hari nanti.

“Cita-cita saya nak jadi arkitek dan jurugambar. Saya tak mahu jadi pelakon sebab kalau jadi pelakon, kena berani. Tapi, saya pemalu.

“Saya lebih selesa bersama Upin & Ipin dan bekerja di belakang tabir. Untuk menjadi pelakon, saya rasa buat masa ini, saya masih tidak ke arah itu. Lagipun, saya masih kecil dan saya perlu lakukan banyak perkara,” katanya yang kini telah merakamkan album raya berjudul Seronoknya Raya Bersama Upin & Ipin.

Menurutnya, minat menjadi jurugambar, datang setelah bergaul dengan krew syarikat produksi Les Copaque.

“Mereka mengajar saya bagaimana cara untuk menggunakan kamera dan mengambil gambar yang cantik.

“Selepas itu, ayah menghadiahkan saya kamera Nikon D90 apabila saya suarakan minat dalam bidang fotografi,” katanya yang belajar di Sekolah Kebangsaan Putrajaya, Presint 9 (2).(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails