Monday, August 15, 2011

Kahwin Sejenis Fahaman Liberal, JPM, Sila Buktikan

Perkahwinan sejenis di Barat...satu perkara biasa !!!
Seorang Paderi dari Mazhab Protestant, Ou Yang Wen Feng dikatakan telah bercadang untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan pasangan "sejenis" beliau yang juga warga Malaysia di negara ini pada bulan hadapan. Untuk mengetahui lebih lanjut, pembaca boleh rujuk di sini dan juga di sini.

Kahwin Sejenis Menunjukkan Fahaman Liberal Semakin Menular - Jamil Khir

KL 15 Ogos 11: Cadangan paderi gay rakyat Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng, untuk mengahwini 'kekasih' sejenisnya di negara ini, menunjukkan bahawa fahaman liberal yang didokong segelintir pihak semakin menular di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata walaupun tindakan itu kononnya dibuat atas dasar kebebasan hak asasi, ia satu kebebasan melampau dan boleh menjurus kepada gejala sosial lebih teruk pada masa akan datang.

"Dalam peraturan undang-undang sivil kita, berkahwin sama sejenis memang tidak dibenarkan. Sebab dalam undang-undang negara kita, lelaki mesti berkahwindengan perempuan. Tidak boleh lelaki dengan lelaki, perempuan dan perempuan.

"Saya melihat (perkara) ini menunjukkan semakin menularnya fahaman liberal. Ia semakin berkembang di Malaysia dan fahaman liberal ini amat dibimbangi,"katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah surau baru Al-Hijrah di Lembah Pantai, dekat sini, Ahad.

Jamil Khir berkata Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengambil ketetapan bahawa pandangan sedemikian adalah bertentangan dan dilarang dalam konteks agama Islam. Mengulas isu Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh, Jamil Khir berkata JabatanKemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Agama Islam Pulau Pinang bagi mencari jalan penyelesaian.

Projek pembinaan surau baru di atas tanah seluas 1.2 hektar berhampiran kediaman projek perumahan rakyat (PPR) Pantai Ria melibatkan dua fasa. Fasa pertama membabitkan pembinaan dewan solat utama yang mampu menampung 300 jemaah pada satu-satu masa menelan belanja RM500,000 dan dijangka siapDisember ini.

Fasa seterusnya membabitkan pembinaan kompleks Sekolah Rendah Agama berharga RM6.5 juta. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Pengarah Jabatan Agama Islam WilayahPersekutuan Datuk Che Mat Che Ali. - BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Buktikan adanya fahaman liberal atau pluralisme dan kahwin sejenis. Bertindaklah! Mengapa baru sekarang cakap-cakap? Dikatakan ada sejak zaman Pak Lah jadi PM lagi, bahkan melibatkan isteri-isteri pemimpin UMNO? (IH)

1 comment:

Anonymous said...

semakin parah....semakin parah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails