KL: Dakwaan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali mengenai ‘ada usaha menjatuhkan Najib Tun Abd Razak’ dari jawatannya sebagai Perdana Menteri memang benar wujud.
Satu sumber dari Umno memberitahu, lebih 100 Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian-bahagian sudah memulakan usaha ini kerana mereka kecewa dengan sikap Najib selaku Presiden Umno yang terkejarkejar sokongan dari pelbagai pihak tetapi tidak langsung memberi muka kepada Pergerakan Pemuda.
Pertemuan  demi pertemuan sudah dibuat atas nama ketua-ketua Pemuda Umno bahagian  yang kecewa dan terbaru, satu pertemuan diadakan di sebuah restoran  makanan Arab di Kampung Pandan, 3 Ogos lalu.
Dalam pertemuan  tersebut, beberapa pihak yang hadir mendak wa ada percanggahan pendapat  mengenai usaha ini kerana mereka tidak mendapat restu dari Ketua  Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin.
Malah, kata  sumber itu, Khairy memberi amaran, manamana Exco pergerakan Pemuda Umno  yang menawarkan diri untuk terlibat secara langsung, tidak menggunakan  platform Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sebaliknya menggunakan platform  jawatan masing- masing di peringkat bahagian.
Sejauh mana  kebenaran dakwaan ini tidak diketahui tetapi beberapa pihak mendakwa,  Khairy dan naibnya, Dato’ Razali Ibrahim memang dimaklumkan perkembangan  ini.
Kumpulan ini mendakwa, mereka kecewa kerana Najib  dikatakan mempunyai banyak masa untuk mengadakan pertemuan dengan rakan  Facebook dan Tweeter tetapi bila Pergerakan Pemuda Umno meminta masa  bertemu, tidak mendapat respon positif darinya.
Rata-rata  anggota gerakan ini mengakui mereka menghadapi kesukaran untuk bergerak  sebagai Ketua Pemuda di peringkat bahagian kerana masing-masing tidak  mempunyai pendapatan tetap dan tidak diberikan peluang mendapat  projek-projek runding terus.
Dalam perkembangan sama, seorang  lagi Ketua Pergerakan Pemuda Umno dari Wilayah Persekutuan mendakwa,  mereka lebih sukar bekerja di bawah kepimpinan Najib ekoran penglibatan  isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam banyak perkara mengenai  pentadbiran.
“Kami susah nak men jawab serangan pembangkang  untuk isu Rosmah ini tetapi pemimpin seperti Najib tidak pernah mahu  mendengar masalah yang kami hadapi di bawah,” ujar seorang Ketua Pemuda  dari Johor.
Katanya, tiada se orang pun dari kalangan Pemuda  Umno yang d i b e r i k a n ja watan sebagai Pen g e r u s i GLC set e l  a h Khairy sendiri dinafikan sebarang jawatan dalam kerajaan atas  kedudukannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno.
Setakat ini,  kumpulan ini tidak bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Timbalan  Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin kerana mendakwa Muhyiddin  juga dilihat bersikap tidak serius membantu Pergerakan Pemuda.
“Mereka  lebih cenderung berjumpa dengan NGO dan wakil-wakil dari luar negara  ketika Pemuda Umno sendiri terkapai-kapai untuk meneruskan kerja-kerja  yang diamanahkan,” kata seorang Ketua Pemuda dari Selangor.
Setakat  ini, tidak pula diketahui adakah mana-mana Menteri Besar dan Ketua  Menteri yang menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri  mengetahui atau tidak gerakan ini.
Pada 4 Ogos lalu, PAS  mendakwa wujud gelombang besar dalam Umno sendiri yang mahu  menggulingkan Najib Razak ekoran kebimbangan Perdana Menteri dan  isterinya Datin Seri Rosmah akan menjadi beban kepada BN dalam  mengekalkan Putrajaya pada PRU-13.
Mustafa Ali berkata, itu  sebabnya Umno sengaja mewujudkan khabar angin kononnya pemimpinpemimpin  Pakatan Rakyat telah meng adakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh  Hamzah untuk menggantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua  Pembangkang.
Mustafa berkata, pemimpin-pemim pin Umno bimbang  skandal melibatkan Najib dan Rosmah seperti pembelian kapal selam dan  kaitannya dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu, akan  memberi kesan ke atas sentimen pengundi terhadap BN. Dalam perkembangan  yang sama, beberapa blog menulis Persatuan Bekasbekas Wakil Rakyat Umno  (Penawar) yang diperngerusikan Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin telah  mengadakan mesyuarat dan dikatakan mendesak Najib supaya meletakkan  jawatan sebagai Perdana Menteri.
Diangkat dari http://warta-utara.blogspot.com

 
 

No comments:
Post a Comment