Wednesday, August 17, 2011

PAS Terus Dialog Dengan Gereja -Dr Mujahid

Dr Mujahid di tengh-tengah, gambar semasa Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB), 2 Julai baru lalu di Hotel Garuda Plaza Medan
KEPALA BATAS, 17 Ogos — Lajnah Perpaduan Nasional PAS pusat akan meneruskan pendekatan berdialog dengan pihak gereja seluruh negara walaupun sekarang ini berlaku sedikit kekeliruan hasil mainan akhbar pro-Umno dan Barisan Nasional (BN).

PAS telah mengambil pendekatan sedemikian sejak isu berkaitan kalimah Allah dan vandalisme rumah ibadat muncul awal tahun lalu. Pengerusinya Dr Mujahid Yusuf Rawa menegaskan, Lajnah Perpaduan Nasional PAS tidak akan duduk diam dalam usaha mempromosikan parti ke tengah masyarakat agar lebih dikenali bukan untuk dimusuhi.

“Lajnah tetap berusaha merapatkan PAS dengan semua gereja di Malaysia supaya masyarakat Kristian tidak salah faham dengan PAS.

“Sejak pendekatan itu dimulakan sambutanya amat membanggakan sekaligus membimbangi Umno dan BN,” kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu gereja Methodist, Damansara Utama kononnya terdapat orang Islam dalam premis berkenaan, beliau berharap kedua-dua belah pihak tampil memberikan penjelasan supaya diatasi dengan baik.

Pertemuan antara PAS dan kepimpinan gereja semalam telah ditangguhkan buat sementara waktu. Jelas Mujahid, semua pertuduhan masih samar-samar dan memerlukan penelitian supaya PAS tidak terjerat dalam kancah ciptaaan musuh politik yang mahukan Pakatan Rakyat berpecah menjelang pilihan raya umum ke-13.

Pada sesi lalu tambah Mujahid, Lajnah Perpaduan Nasional PAS berjaya menjalin hubungan mesra dengan paderi dan gereja di mana sambutannya memberangsangkan.

“Hubungan yang baik dan harmoni menyeramkan pihak lain, maka ada sahaja usaha menimbulkan prasangka yang tidak enak,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails