Friday, August 19, 2011

6 Ditangkap Malam Tadi


TAPAH, 19 Ogos: Seramai enam orang ditangkap malam tadi pada majlis ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Taman Tapah yang turut disertai ahli parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar.

Seramai 30 orang polis bersedia di tempat ceramah termasuk 10 orang Light Strike Force untuk mengawasi majlis itu.

Dua orang yang ditangkap dan digari di tempat ceramah ialah Naib Pengerusi dan Timbalan Setiausaha PKR Perak, Chang Lih Kang yang juga Adun Teja dan Tan Kar Hing.

Selepas itu, pembesar suara dan meja dirampas oleh polis.

S. Nagenteran a/l Sandrasigran daripada PSM dan 3 orang lagi, ahli DHPP, Appalasamy a/l Jetakiah, Patrick Vincent dan Chua Yee Ling ditangkap di luar IPD Tapah semasa memberi sokongan kepada Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing.

Mereka dilepaskan pada kira-kira jam 12 tengah malam.


4 comments:

Anonymous said...

tangkap lagi..huhuhu...
Download : Ceramah Ustaz Azhar Idrus (Kitab asas Fardhu Ain) - Part 1
Download Ceramah Agama: Ustaz Dr. Zahazan Mohamed (Tafsir Surah Ar-Rahman)

otaklunyai said...

Tak habis2 lah polis ni nak jadi barua... ingatkan bulan2 puasa ni otak polis ok sket, tapi sama macam bulan lain... dah terlampau bonggok gamaknya...

Anonymous said...

Nasib baik polis tu sekadar tangkap...kalau aku jadi polis ..bukan sajer aku tangkap..aku belasah aku lanyak dan campakkan diorang ni dlm lubang jamban...

Ahmad Irfan said...

Anonymous August 20, 2011 3:24 PM

Tak layak tulis macam tu. Samada tak serius atau memang berniat jahat macam pengganas. Tak ada maruah dalam menulis.

Pergi tulis dalam blog penyokong UMNO yang lain.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails