 (Khasim menyampaikan sumbangan Harakah kepada suami Sofiah, warga emas yang lumpuh dan tidak mampu bercakap.)
(Khasim menyampaikan sumbangan Harakah kepada suami Sofiah, warga emas yang lumpuh dan tidak mampu bercakap.)
Menyelongkar di sebalik tirai kemegahan dan kegemilangan kota raya Kuala Lumpur, di Dun Lembah Jaya masih ramai lagi insan yang terpinggir dan amat memerlukan bantuan. Mereka memerlukan bantuan bukan sekadar sesuap nasi tetapi mahu mengubah nasib kehidupan anak-anak.
Ibu tunggal, Roziah Livis, 30-an, yang tinggal di pangsapuri Taman  Kosas terpaksa menggunakan lilin selama tiga tahun kerana tidak mampu  membayar tunggakan bil elektrik yang mencecah RM2,000. Beliau  mempunyai tiga anak terpaksa berhenti daripada kerja membantu menjual  ais kerana kuku dan kakinya rosak. Suaminya telah melafazkan cerai talak  satu selepas beliau melahirkan anak ketiga.
Fauziah Ramli,  30-an, baru melahirkan anak kelima juga memerlukan bantuan kerana  suaminya berada dalam penjara. Meringankan bebanan, Adun Lembah Jaya,  Khasim Abdul Aziz menghulurkan bantuan. Kesengsaraan dan  penderitaan warga emas, Sofiah Abd Ghani yang lumpuh, tidak boleh  bercakap dan tidak kenal sesiapa, turut memilukan.
Beliau  terbaring di atas katil dan hanya mampu menggerakkan tangan sebelah  kanan. Selama lima tahun beliau terbaring dan hanya minum susu melalui  hidung. Jejak Ramadan akan terus menyalurkan sumbangan kepada  golongan yang kurang bernasib baik. Tiga ibu tunggal, dua warga emas  serta seorang pesakit kritikal turut mendapat sumbangan.
Mereka mendapat bantuan wang tunai serta barangan asas beras, tepung, gula dan teh. Dana  Ramadan yang digerakkan Unit Editorial Harakah dengan kerjasama Dewan  Muslimat PAS Pusat mendapat sambutan menggalakkan. Sumbangan  yang  diperolehi telah diagih-agihkan kepada golongan kurang bernasib baik.
Mereka yang bersimpati dan menyokong misi mulia ini boleh salurkan sumbangan atas nama DMPP ke akaun Maybank 564025400533
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Alangkah baiknya kalau program ini dilanjutkan hingga luar Ramadan dan luar Selangor.(IH)
 
 

2 comments:
BONGKAR JUGA JUMLAH KUTIPAN DARIPADA PULUHAN TABUNG YANG PAS BUAT. TABUNG ADA BERPULUH, KUTIPAN BERJUTA YANG DIBANTU DUA ORANG.
HE!HE!HE!
Lunci..luncai..
Panggil saja bahagian rasuah siasat. kalau berani.. Ha ha ha...
Post a Comment