Thursday, October 07, 2021

PRN Melaka (1): Apa kata PAS?

 

PRN Melaka: Kenyataan media PAS Pusat

PAS mengikuti perkembangan politik di Melaka dan melahirkan kekesalan di atas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka secara luar jangka dalam tempoh pemulihan pandemik ini.

Namun PAS menyatakan kesediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuklah mendepani pilihan raya negeri (PRN) sekiranya dilaksanakan.

Pada masa sama, PAS telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Induk PRN Melaka bagi merangka strategi menghadapi pilihan raya tersebut. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Naib Presiden PAS, dengan dibantu oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Tarikh: 28 Safar 1443 / 6 Oktober 2021 – HARAKAHDAILY 6/10/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dijangka berlaku pertembungan 3 penjuru, di PRU Melaka.

Meskipun Melaka pimpinan KM Sulaiman Md. Ali sebelum ini disokong oleh 2 ADUN, Parti Bersatu dan seorang wakil rakyat Bebas, tidak bermakna UMNO dan Bersatu boleh bekerjasama ketika PRN, apatah lagi berunding dalam pengagihan kerusi.

Itu senarionya. Apa lagi masing-masing dilihat cuba mempertaruh nasib bagi mengukur tahap sokongan rakyat sekali gus menjadi penanda aras untuk PRU 15. 

Sebelum ini, Sulaiman menerima sokongan 17 ADUN (14 UMNO, dua Bersatu dan satu Bebas) berbanding 11 wakil PH dari 28 kerusi dalam sidang DUN.  Sejumlah 15 sokongan diperlukan untuk majoriti mudah membentuk kerajaan negeri.

Ada juga yang berpandangan, PRN Melaka akan menyaksikan dua pertarungan besar antara UMNO dan BN dengan PH, meskipun bakal berlaku pertembungan tiga penjuru. PN dijangka menghadapi laluan sukar apatah lagi Bersatu hanya menang dua kerusi manakala Pas tidak menang. 

Boleh dikatakan PRN Melaka hanya antara BN dan PH. Tiada parti yang mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan. Maka, apa peranan PAS? 

“Islam Memperkukuh Perpaduan” kata pemimpin PAS. Jadi, peranan PAS ialah seperti yang disuruh oleh Allah SWT supaya memperkukuh perpaduan di kalangan umat dan seluruh manusia di dunia.

Siri Rentas Mendunia.

Siri1: Polis Bongkar Pelacuran Kanak-kanak, 2 Perantara D... Siri 2: Mangsa Gangguan Seksual datang dengan sepasukan pe... Siri 3: Seks dalam kereta, youTuber Aceh ditangkap. Siri 4Wanita ini kesepian.. Setelah jadi bintang porno... Siri 5: Isteri lari 25 kali dengan lelaki berbeza. X dimar... Siri 6: Pengakuan bekas isteri terpaksa lakukan seks dubur... Siri 7: Doktor di Mesir paksa jururawat ‘sembah’ anjing. Z... Siri 8: Bagaimana merakam video model tanpa pakaian secara... Siri 9: Jual bini kerana judi. Setubuh X normal 3 serentak. Siri 10: Mangsa eksploitasi seks &wanita dari Vietnam.. Siri 11Seorang guru culik &cabul 34 pelajar perempuan. Ba... Siri 12: Cubaan warga India seludup 1 kg emas dalam dubur g... Siri 13Awas pencabul kanak-kanak di tangga flat KL.. Siri 14Gadis bergaduh dengan kekasih, dia nekad terjun ke... Siri 15Mangsa cabul, 'pegang tangan jilat jari' pun jadi...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails