Thursday, October 07, 2021

Mangsa cabul, 'pegang tangan jilat jari' pun jadi...

 

Gambar hiasan (atas)

Polis kesan 'anggota tentera' cabul wanita di kedai vape

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai anggota tentera yang terbabit dalam kes cabul seorang wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa berusia 18 tahun yang juga pekerja kedai vape terbabit pada mulanya didatangi seorang lelaki berpakaian tentera mahu membeli barangan vape di kedai itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata selepas selesai membeli barangan vape, lelaki itu keluar dari kedai, namun tidak lama kemudian, dia masuk semula ke kedai berkenaan.

"Suspek memberitahu mangsa pod vape dibelinya tidak berfungsi. Mangsa kemudian memeriksa pod vape berkenaan dan menggantikannya dengan yang baharu.

"Ketika mangsa menyerahkan pod vape berkenaan, suspek mengambil kesempatan memegang tangan mangsa dan kemudian turut menjilat jari mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, mangsa cuba mengawal keadaan itu dan memberitahu suspek terdapat kamera litar tertutup (CCTV) dalam kedai menyebabkan suspek melepaskan tangan mangsa dan terus beredar dari tempat kejadian.

"Susulan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Klang, hari ini.

"Siasatan kini sedang dijalankan dan kita dalam usaha mendapatkan butiran peribadi serta mengesan suspek," katanya.

Mohamad Farouk berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

Katanya, maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Siti Zaleha Abdullah di talian 03-42897222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, hari ini tampil mendedahkan kejadian itu bersama sekeping gambar dan dua klip rakaman CCTV yang didakwa berkaitan kejadian cabul berlaku di kedai vape terbabit.

Perhatian: 

Sebenarnya, masalah-masalah begini adalah masalah umat manusia sedunia. Maka elok kita paparkan dan 'islah', terutama di kalangan negara umat Islam yang sepatutnya tidak terbatas hanya dalam kelompok dan sempadan negara mereka sahaja. Kerana Islam adalah mendunia.

Rentas Mendunia.

Siri1: Polis Bongkar Pelacuran Kanak-kanak, 2 Perantara D... Siri 2: Mangsa Gangguan Seksual datang dengan sepasukan pe... Siri 3: Seks dalam kereta, youTuber Aceh ditangkap. Siri 4Wanita ini kesepian.. Setelah jadi bintang porno... Siri 5: Isteri lari 25 kali dengan lelaki berbeza. X dimar... Siri 6: Pengakuan bekas isteri terpaksa lakukan seks dubur... Siri 7: Doktor di Mesir paksa jururawat ‘sembah’ anjing. Z... Siri 8: Bagaimana merakam video model tanpa pakaian secara... Siri 9: Jual bini kerana judi. Setubuh X normal 3 serentak. Siri 10: Mangsa eksploitasi seks &wanita dari Vietnam.. Siri 11Seorang guru culik &cabul 34 pelajar perempuan. Ba... Siri 12: Cubaan warga India seludup 1 kg emas dalam dubur g... Siri 13Awas pencabul kanak-kanak di tangga flat KL.. Siri 14Gadis bergaduh dengan kekasih, dia nekad terjun ke... Siri 15Mangsa cabul, 'pegang tangan jilat jari' pun jadi...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails