Friday, October 01, 2021

Awas pencabul kanak-kanak di tangga flat KL..

 

Lelaki ditahan cabul tiga kanak-kanak di tangga flat

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mencabul tiga kanak-kanak termasuk dua lelaki berusia tujuh hingga 11 tahun di tangga sebuah flat di Sri Damansara, Petaling Jaya dekat sini, semalam.

Suspek yang juga lelaki tempatan berusia 53 tahun ditahan selepas pihak polis menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 39 tahun yang juga bapa kepada seorang mangsa, kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata bapa mangsa membuat aduan kepada polis selepas melihat satu rakaman video berdurasi 19 saat yang ditunjukkan oleh pengerusi persatuan penduduk flat terbabit.

"Kandungan rakaman video itu menunjukkan suspek memeluk dan menggeselkan kemaluannya beberapa kali pada mangsa yang berusia tujuh tahun di tangga flat berkenaan.

"Rakaman video itu berjaya dirakam oleh seorang penduduk yang terserempak dengan perbuatan suspek," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek ditahan oleh saksi kejadian bersama beberapa penduduk flat dengan bantuan pihak polis.

"Suspek dikenal pasti bukan penduduk di flat berkenaan tetapi berada di situ dengan alasan untuk mencari seorang rakan lamanya.

"Siasatan awal mendapati suspek juga melakukan perbuatan yang menjengkelkan itu ke atas dua lagi rakan mangsa, kedua-duanya berusia 11 tahun di lokasi yang sama," katanya yang turut memaklumkan pihaknya sedang mengesan sekiranya terdapat mangsa lain.

Menurut Mohamad Fakhrudin, suspek direman tujuh hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).

Akta itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Awas kemaksiatan di mana-mana. Negara perlukan sistem perundangan yang mantap. Malaysia, negara umat Islam, kembalilah kepada Islam!

Perhatian:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails