Sunday, September 26, 2021

Ada transgender kembali kepada fitrah. -JPM. Al-hamdulillah

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad (dua kanan) beramah mesra bersama penerima bantuan musa'adah institusi pendidikan (pondok/ madrasah) pada Majlis Penyampaian Musa'adah di Madrasah Darul Ansar Kampung Basung hari ini. Sebanyak 10 pondok/ madrasah menerima sumbangan bernilai RM5,000. - Foto GHAZALI KORI

JAKIM sedia program bantu transgender tukar penampilan

KUALA BERANG: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyediakan pelbagai program diadakan untuk membantu golongan mukhannath atau transgender menyesuaikan diri dengan menukar penampilan seiring dengan budaya dan norma masyarakat tempatan dalam menjalani kehidupan harian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata, setakat ini, lebih 1,700 orang hadir dan ada kalangan mereka ini yang kembali kepada fitrah.

"Alhamdulillah, kita bukan mahu menghukum, kadang-kadang mereka silap faham, hidup berkawan, jadi kita bukan sifat untuk menghukum (tetapi) lebih kepada soal pendidikan.

"Usaha ini bagi membantu mereka mengelak situasi janggal dan menjaga aurat serta privasi terutama ketika mahu ke masjid atau surau.

"Kalau dia lelaki, masuk saf lelaki sebab itu kita tak nak (sokong) LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender). Payah (susah) bayangkan kalau dia lelaki tiba-tiba masuk tandas wanita, (jadi) masalah sebab itu kita (tidak sokong) dalam soal LGBT," katanya ketika ditemui pada Lawatan Turun Padang ke Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu, Idris melakukan lawatan dan menyampaikan sumbangan ke Madrasah Darul Ansar dan bantuan kepada pengusaha pelancongan di Tasik Kenyir yang terjejas susulan pandemik COVID-19.

Ahad lalu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam kenyataan yang dimuatkan dalam Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis berkata, berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-53/ 2021 pada 23 dan 24 Jun lalu, golongan transgender yang sengaja menyerupai jantina yang berbeza termasuk dalam golongan fasik.

Justeru, mereka diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina kerana boleh mengganggu suasana ibadah di masjid.

"Solat jemaah golongan mak nyah ini hendaklah berdasarkan jantinanya yang sebenar. Juga dilarang mengerjakan haji dan umrah, jika penampilan mereka boleh menimbulkan fitnah kepada jemaah haji dan umrah lain," kata Mohd Asri.

Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor juga menyarankan golongan itu menukar cara penampilan mereka di tempat ibadah supaya tidak kelihatan berbeza atau ganjil berbanding jemaah yang lain.

Malah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Marzuk Shaary pada Jumaat lalu berkata, kerajaan sedang meneliti untuk mengenakan larangan kepada transgender daripada memasuki masjid di Wilayah Persekutuan.

Ditanya mengenai status penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu berbangkit mengenai pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) dan keanggotaan suruhanjaya berkenaan, Idris berkata, perkara itu akan diputuskan di dalam kabinet.

"Kita akan putuskan dalam Kabinet, Insya-Allah yang akan mengetuai untuk pembentukan pelantikan semua itu di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar," katanya.

Pada 14 Julai lalu, Kabinet bersetuju menubuhkan RCI bagi menyiasat isu berbangkit mengenai pengurusan dan operasi TH. (BH)


Peluang jadi usahawan ternak siput..

1 comment:

Anonymous said...

Najib dijemput berbincang dengan duta-duta asing. Kepala Tun pusing berpinau pinau biji mata nya bila Bossku berjumpa dan kongsi pendapat dengan duta duta asing seluruh dunia.

September 26, 2021 #duta asing, najib. #mata Tun kabur berpinau.

Najib dijemput berbincang dengan duta-duta asing. Busy sikit hari ini.

Sepanjang hari ada urusan kebajikan untuk penduduk kampung.

Ramai hidup susah akibat kehilangan kerja dan kekurangan dari segi pendapatan sejak Covid-19 melanda.

Saya cuba bantu apa yang boleh ikut kemampuan sebagai ahli Parlimen.

Sebentar tadi pula saya berada di Kedutaan Qatar.

Saya berbesar hati dapat bertemu dengan beberapa perwakilan asing dari kalangan Duta-Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi di Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Duta Besar Qatar ke Malaysia TYT Fahad Mohammed Kafoud yang menjadi tuan rumah malam ini.


Bersama tadi juga ialah TYT Thamer Abdalla Mohammad Adwan (Jordan), TYT Sheikh Al-Abbas Ibrahim Hamed Al Harthi (Oman), TYT George Bitar Ghanem (Lebanon), TYT Walid Abu Ali (Palestin), TYT Dr. Moheb Rahman Spinghar (Afghanistan), TYT Roland Galharague (Perancis) dan TYT Amna Baloch (Pakistan).

Banyak yang kami bincangkan dan berkongsi pendapat mengenai isu-isu semasa.

Saya berharap hubungan Malaysia dengan negara-negara luar akan bertambah erat dan kukuh. Ini lah masa bossku eratkan hubungan dengan negara Timur Tengah dan jiran serumpun Indonesia. Tinggalkan sebarang usaha sama ekonomi dengan Singapura. Singapura adalah pusat fitnah media di Asia Tenggara. Kes fitnah 1 MDB banyak bersumber dari Singapura. Pedulikan Singapura.


#LiftSingapuraAlone

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails