Friday, October 01, 2021

Kes Guan Eng ingkar arahan kuarantin kendiri ...

 

Kertas siasatan kes Guan Eng diserah ke pejabat pendakwaan

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang telah menghantar kertas siasatan kes Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung dakwaan ingkar arahan kuarantin kendiri dengan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 2 Sept lepas ke Pejabat Pendakwaan Pulau Pinang, baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ketika ini pihaknya masih menunggu arahan selanjutnya daripada Pejabat Pendakwaan Pulau Pinang untuk tindakan seterusnya.

“Pihak polis telah selesai menyiasat kes itu dengan 11 orang termasuk Lim direkodkan keterangan bagi membantu siasatan dan kertas siasatannya juga telah dihantar ke Pejabat Pendakwaan Pulau Pinang untuk tindakan seterusnya.

“Sehingga kini kertas siasatan masih belum mendapat sebarang arahan dari Pejabat Pendakwaan Pulau Pinang, siasatan kes itu dijalankan di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 8 Sept, jurucakap Pemuda Gerakan Pulau Pinang Mohd Aswaad Jaafaf membuat laporan polis terhadap Lim yang didakwa mengingkari peraturan kuarantin kendiri.

Laporan polis itu dibuat selepas peguam Lim, Gobind Singh Deo yang mewakili bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan projek pembinaan terowong dasar laut, memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa anak guamnya itu telah diarah menjalani perintah kuarantin kendiri selama 10 hari bermula 1 hingga 10 Sept.

Bagaimanapun, Lim telah menafikan dakwaan bahawa beliau telah melanggar syarat kuarantin kendiri dan berkata beliau hanya dimaklumkan pada 2 Sept berhubung perkara itu selepas menghadiri persidangan DUN. – BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Patutlah akar umbi dap degil ketegaq. Big boss pun kepala batu juga. Kepala batu macam ni kena jumpa kepala batu undang2. Belum rada kes trowong, dah ada kes baru. Bab terowong ni, abam memang gemor sesangat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails