Saturday, October 02, 2021

Kampung Baru Karak terbakar

 

Kampung Baru Karak terbakar kira-kira 10.30 malam tadi. - Gambar Twitter ADUN KETARI

KARAK: Beberapa rumah kedai di Kampung Baru Karak terbakar kira-kira 10.30 malam ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman memuat-naik gambar kebakaran di Twitter malam ini.

Kebakaran sudah dapat dikawal. Masih ada beberapa kebakaran kecil. Menurut polis dalam 30 rumah dan rumah kedai hangus terbakar," katanya di laman Twitter kira-kira jam 12.24 tengah malam.

"Kg Baru Karak masih terbakar sejak tadi. Dua lorong rumah sudah terbakar. Semoga tiada kemalangan jiwa," katanya.

Jurucakap Bomba Bentong mengatakan anggota mereka masih cuba memadam kebakaran dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan kemudian.

Kira-kira 150 individu dikatakan terbabit dalam kebakaran berkenaan tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Mangsa kebakaran ditempatkan sementara di sekolah dekat pekan Karak. (BH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails