Tuesday, October 05, 2021

Ini 2 berita mengejut., Melaka PRU Negeri &Saksi rasuah terowong mati..

 

1. DUN Melaka Bubar, Pilihan Raya Negeri Dalam Masa 60 Hari

AKHIRNYA kemelut politik di Melaka akan diselesaikan dengan mengembalikan hak untuk menentukan kerajaan negeri kepada pengundi.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Ab Rauf Yusoh, sebentar tadi mengumumkan cadangan agar diadakan pilihan raya di peringkat negeri diterima Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Rustam.

Ab Rauf juga mengumumkan DUN Melaka dibubarkan hari ini. 

Kata Ab Rauf nasihat agar diadakan DUN Melaka dibubarkan itu dibuat Ketua Menteri Sulaiman Md Ali disampaikan kepada Mohd Ali.

Mengikut perlembagaan, selepas DUN dibubarkan sebuah pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Melaka dilanda kemelut politik selepas empat Adun kerajaan diketuai bekas ketua Menteri, Idris Haron, mengumumkan pendirian mereka untuk menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan BN-PN.

Idris merupakan Adun Sungai Udang.

“Proklamasi pembubaran DUN Melaka diwartakan hari ini, 5 Okt 2021,” kata Ab Rauf pada sidang media yang disiarkan secara langsung hari ini.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini memberi jaminan sekiranya berlaku pilihan raya di Melaka, prosedur operasi standard yang ketat akan dilaksanakan.

Ketetapan itu katanya dibuat bagi mengelakkan berulangnya penularan wabak Covid-19 seperti yang pernah berlaku ketika pilihan raya negeri Sabah diadakan pada tahun lalu.

Untuk rekod sehingga malam tadi, 88.2 peratus populasi orang dewasa di Melaka sudah divaksinasi sepenuhnya.

Ditanya mengenai pelaksanaan pilihan raya negeri ketika Covid-19 masih menjadi ancaman, Ab Rauf berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mencadangkan kaedah yang rasakan sesuai.

“Terpulang kepada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membuat keputusan lanjut,” katanya.

Dia juga memaklumkan, dengan pembubaran DUN Melaka hari ini, negeri itu ditadbir oleh kerajaan sementara sehinggalah pilihan raya negeri selesai dijalankan.

2. Saksi kes rasuah terowong bawah laut ditemukan mati.

CYBERJAYA – Seorang ahli perniagaan dan dikenali sebagai taikun hartanah yang terkenal dengan projek pembangunan utama di Pulau Pinang telah ditemukan mati.

Mengikut sumber, mangsa berusia 53 tahun itu dipercayai meninggal dunia akibat terjatuh dari unit kondominium mewah di Pulau Tikus, George Town, Pulau Pinang semalam.

Memetik laporan The Star, Ketua Polis Daerah George Town, Soffian Santong mengesahkan kejadian itu hari ini.

Menurutnya, polis akan mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian berkenaan.

Dalam laporan berlainan, The Star yang memetik sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, mangsa mempunyai kaitan dengan kes terowong bawah laut bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada bulan Julai lalu.

Mangsa baru sahaja dipanggil untuk menjadi Saksi Pendakwaan Ke-9 di dalam kes rasuah terowong bawah laut berkenaan. (IH)

4 comments:

Anonymous said...

Adakah mangsa dihumban oleh pembunuh upahan dari unit kondominium mewah supaya ia kelihatan seperti bunuh diri ?

Anonymous said...

Aduai. Dah ada pembunuh ker? Berat kes ni. Ada lagi ker saksi lain. Kena protect tu.

Anonymous said...

Bukan terjatuh tu... ada tokong dah cemas gelabah nak selamat diri... mungkin ada lagi mangsa kena bunuh kott..!???

Anonymous said...

Mcm kes teoh beng hock.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails