Saturday, October 09, 2021

Kabinet tubuh jawatankuasa khas siasat kes kematian Adib

 

Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim

KUALA LUMPUR: Kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail sabri Yaakob, berkata jawatankuasa khas itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Katanya, jawatankuasa itu turut dianggotai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

"Penubuhan jawatankuasa khas ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kes kematian Allahyarham Adib, 24, yang juga anggota unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, mendapat keadilan dan sekali gus pelaku kematian Adib dihadapkan ke muka pengadilan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sila lihat siri PRN Melaka:

1 comment:

Anonymous said...

Panggil en tommy, pasai aper dia pi gugur kes adib. Pasai apa dia bebaskan tertuduh yg sebab mati adib. En tommy kena bertanggung jawab, jangan nak cuci tangan. Ni kerosakan yg dibuat oleh kerajaan hancing, kerana lantik en tommy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails