Wednesday, October 06, 2021

Pemain didakwa cuba bunuh pengadil

 

Seorang pemain bola sepak Brazil akan didakwa kerana cubaan membunuh selepas menyerang seorang pengadil ketika perlawanan divisyen dua Brazil.

sukan

SAO PAULO: Pemain bola sepak divisyen dua Brazil ditahan dan akan didakwa dengan cubaan membunuh selepas menyerang seorang pengadil hingga pengsan ketika perlawanan, menurut pelbagai sumber hari ini.

Pemain tengah, William Ribeiro menumbuk pengadil, Rodrigo Crivellaro hingga tumbang dan kemudian menyepak di bahagian leher pada perlawanan berlangsung semalam.

Serangan itu yang terjadi selepas sejam perlawanan antara Sao Paulo-RS dan Guarani dirakam oleh kamera televisyen. Crivellaro segera diberikan bantuan perubatan di padang dan dibawa ke hospital.

Dia dibenarkan pulang pagi semalam 'dalam keadaaan kesihatan yang bagus', kata sumber di Hospital Sao Sebastiao Martir dekat Venancio Aires kepada AFP.

Vinicius Assuncao, pegawai polis yang mengendalikan kes berkenaan, berkata Ribeiro boleh didakwa melakukan cubaan membunuh.

Pengadil berkenaan "diserang ketika berdiri dan jatuh tanpa dapat mempertahankan diri," kata Assuncao. "Ia boleh menyebabkan kematian atau kecederaan kepala yang serius."

Imej di televisyen menunjukkan pemain daripada kedua-dua pasukan segera melambai tangan meminta pegawai perubatan masuk ke padang selepas pengadil itu diserang. - AFP

..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails