Saturday, October 09, 2021

PRN Melaka (6): Keputusan minggu depan

 

Melaka: Kerajaan buat keputusan minggu depan

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum membuat keputusan untuk menasihatkan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah yang menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat di negeri Melaka bagi menangguh Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan difahamkan Sultan Nazrin Shah akan menerima taklimat daripada beberapa pihak sebelum menimbang perkara itu.

“..belum lagi, tadi kita ada mesyuarat kabinet, kita bincang mengenai situasi di Melaka dan kita belum membuat sebarang keputusan lagi.

“Sebab kita difahamkan yang Pemangku Yang di-Pertuan Agong (Sultan Nazrin Shah) akan mendapatkan taklimat daripada AG (Peguam Negara) KKM (Kementerian Kesihatan), SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) jadi kita tunggu taklimat itu kepada pemangku Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi kita tunggulah selepas briefing kepada Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Kabinet akan membuat keputusan minggu depan,” katanya ketika ditemui media selepas majlis prapelancaran ‘Keluarga Malaysia’ di Angkasapuri di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai persoalanan sama ada kerajaan akan menasihatkan Sultan Nazrin Shah sekiranya darurat perlu diisytiharkan di Melaka bagi menangguhkan PRN negeri berkenaan.

Pada 4 Okt lepas DUN Melaka dibubarkan kerana kerajaan Melaka hilang majoriti dan berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu dilaksanakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran itu. 

Ia susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) – Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) yang hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali. – BERNAMA

Sila lihat siri PRN Melaka:

2 comments:

Anonymous said...

Jika tidak kerana hasutan dari presiden parti liberal, tidak akan berlaku tarik sokongan. Dah tu pulak ingatkan dapat jadi km melaka, rupanya tak berani ke depan. Sudah sampai masanya presiden parti liberal undur diri. Bagilah pulak pada org lain yg lebih cerdas dan bertindak ikut keperluan bukan atas dasar persepsi dan retorik. Lagi banyak bunga bahasa presiden parti liberal, lagi banyak kerosakan budaya hidup org melayu.

Anonymous said...

Parti PejWang mohon Agong isytihar darurat di Melaka, SUK ketuai kerajaan sementara

Pejuang memohon perkenaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat di Negeri Melaka dan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka untuk mengetuai “Caretaker Government” sehingga tarikh yang dirasakan sesuai.

Presiden Pejuang Datuk Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir berkata, Kerajaan Persekutuan perlu campur tangan dalam isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan mendapatkan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat di Negeri Melaka.

Jangan serang Tun Mahathir tidak berbaloi. Serang Mukhriz dalam Parti PejWang maka melingkup dan tamat lah parti ini. Parti ini tiada hala tuju yang di perjuangkan hanyalah Mukhriz sahaja.

Menyemak ajer parti ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails