Thursday, October 07, 2021

PRN Melaka (2): Pas mahu perkasa MN &pertahan PN.

 

Mohd Amar berkata Pas ingin melihatkan kedua-duanya bergerak seiring dan mengukuh hubungan dalam MN dan PN.- Gambar fail

Pas mahu kedua-duanya seiring, perkasa MN dan pertahan PN - Mohd Amar
KOTA BHARU: Pas berdiri teguh dengan pendirian memperkasakan Muafakat Nasional (MN) dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN) seperti yang dinyatakan sebelum ini.
Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu ingin melihatkan kedua-duanya bergerak seiring dan mengukuhkan hubungan dalam MN dan PN.
“Pendirian kita sejak dulu lagi kita hendak supaya kedua-duanya bergerak. Hubungan dalam MN pun mahu kukuhkan, dalam PN pun kita nak kekalkan sebab dalam teori politik kita, ketiga-tiga parti utama ini, Pas UMNO dan Bersatu kena bersama dan bekerjasama dalam pilihan raya untuk memastikan kemenangan mantap.
“Kalau masing-masing bawa diri, dia tidak akan berjaya sama ada PN atau MN dia akan jadi macam sekarang, kerajaan tidak stabil. Dia boleh membentuk kerajaan tetapi dalam 15-20 kerusi sahaja.
“Tetapi kalau berkerjasama, tiga parti ini boleh wujudkan kerjasama gagah dalam majoriti besar, Sebab itu kita harap terutama Presiden (UMNO), boleh melihat senario lebih besar. Ini lihat kepentingan UMNO semata mata. Kita pun tertanya-tanya adakah kenyataan Zahid itu mewakili parti atau pandangan peribadi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Politik | Pas kekal pendirian, perkasa MN, pertahan PN
Mohd Amar berkata demikian ketika diminta memberikan reaksi berhubung kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan masih ada ruang untuk mempertahankan MN sekiranya Pas bersedia.
Ahmad Zahid dalam coretan di laman Facebooknya sebelum ini turut merungkai pelbagai persoalan yang timbul terhadap kewujudan MN antara Pas dan UMNO yang dimeterai melalui Piagam 2019.
Menjawab telahan itu, Mohd Amar juga mempersoalkan sama ada kenyataan itu dibuat berasaskan suara parti atau sebaliknya.
Ini kerana Pas turut menerima pandangan lain yang berbeza dengan Presiden UMNO itu.
Pas katanya sentiasa berusaha memelihara keharmonian dalam hubungan dalam kalangan MN supaya terus dapat bekerjasama. (IH)
Sila lihat siri PRN Melaka:
1PRN Melaka (1): Apa kata PAS?  2. PRN Melaka (2): Pas mahu perkasa MN &pertahan PN.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails