Monday, November 11, 2019

Kes Jangkitan Denggi Pertama Melalui Seks.

Hasil carian imej untuk jangkitan denggi pertama melalui seks
MADRID: Pihak berkuasa kesihatan Sepanyol mengesahkan kes seorang lelaki menyebarkan wabak denggi menerusi hubungan seks, kali pertama di dunia bagi virus yang setakat ini cuma dipindahkan oleh nyamuk.
Kes itu membabitkan lelaki berusia 41 tahun dari Madrid, dijangkiti denggi selepas mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya yang mendapat virus itu daripada nyamuk ketika melancong ke Cuba, kata jurucakap jabatan kesihatan wilayah Madrid, Susana Jiminez.
Jangkitan denggi itu disahkan September lalu dan ia membingungkan doktor kerana beliau tidak mengunjungi negara yang kerap dilanda penyakit yang menunjukkan gejala seperti demam panas dan sakit badan, katanya.
“Pasangannya menunjukkan gejala sama tetapi lebih ringan kira-kira 10 hari terdahulu, dan beliau dijangkiti denggi ketika di Cuba dan Republik Dominica.
“Analisis menunjukkan sperma mereka membawa virus itu dan mendedahkan mereka bukan hanya dijangkiti denggi tetapi ia adalah virus sama yang ada di Cuba,” kata Jiminez.
‘Kemungkinan’ kes pemindahan denggi secara seksual antara lelaki dan perempuan menjadi subjek artikel saintifik di Korea Selatan.
Dalam emel yang dihantar kepada AFP, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Kesatuan Eropah (ECDC) beribu pejabat di
Stockholm, yang memantau kesihatan dan penyakit di Eropah, berkata sepanjang pengetahuan mereka, ia adalah kes pemindahan denggi menerusi seks pertama dalam kalangan lelaki dan lelaki.
Denggi amat mudah dijangkiti oleh pelancong yang mengunjungi negara bercuaca panas seperti Asia Tenggara, Afrika, Australia, Caribbean, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. - AFP
Hasil carian imej untuk jangkitan denggi pertama melalui seks
Strategi baru terhadap nyamuk dan perosak lain - Biologi - 2019

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails