Saturday, November 16, 2019

P/Pinang Akan Dilanda Ribut? Melihat Gelagat Kumpulan Dolfin Ini...



Tanda Tanya Netizen
TULAR satu rakaman memaparkan kehadiran dolfin yang dipercayai dirakam di laut berdekatan dengan jambatan Pulau Pinang baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter bernama @NasirPasir itu, sekumpulan dolfin tersebut dilihat seolah-olah ingin menyapa lelaki yang merakam itu.
Gelagat dolfin tersebut berjaya dirakam oleh lelaki tersebut ketika dia sedang berada di atas sebuah bot. Tidak lama kemudian, sekumpulan dolfin tersebut bertindak meneruskan perjalanannya ke tempat lain.
Video yang berdurasi selama 1 minit 31 saat itu telah mendapat lebih 19 ribu tontonan. Walau bagaimana pun, kehadiran sekumpulan dolfin tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Salah seorang netizen di Twitter menyatakan bahawa kehadiran dolfin tersebut mungkin menandakan bahawa ribut bakal melanda.
Ada juga netizen yang menyatakan bahawa dolfin tersebut hanya sekadar bermigrasi.
Manakala seorang netizen lagi menyatakan bahawa kehadiran dolfin tersebut menandakan bahawa Malaysia sudah semakin bersih.
Walau apa-apa pun, jagalah alam sekitar supaya hidupan lain seperti dolfin ini dapat menikmati kehidupan yang baik di bumi ini. 
Sila rujuk:



Sumber: @NasirPasir

Hibur Hibur Sikit

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails