Wednesday, December 14, 2016

Kaedah Mudah 1 Lwn 1, Menurut Tuan Ibrahim..


Hasil carian imej untuk tuan ibrahim tuan man

SHAH ALAM - Strategi pembangkang untuk satu lawan satu dengan BN hanya dapat dicapai jika kerusi Pas tidak diusik.


Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti pembangkang lain boleh berbincang untuk bertanding di kerusi-kerusi lain.

"Ada orang tanya macam mana nak lawan satu lawan satu dengan BN kalau kita tak bersama (dalam satu pakatan pembangkang). Saya kata apa yang susah!
"Pas akan pertahankan kerusi kita, (parti lain) bincang kerusi lain. Saya fikir kalau kita ambil kaedah tersebut masalah boleh selesai," katanya dalam Ceramah Mega Rakyat anjuran Pas Selangor di Paya Jaras, malam semalam.

Menurut Tuan Ibrahim, Pas juga hanya akan bertanding di kerusi yang diyakini boleh dimenangi parti Islam itu.

"Sabah dan Sarawak kita bertanding sedikit sebab kita serah pada rakan-rakan yang lain. Pas kita ukur kekuatan politik kita.
"Jentera parti, ahli parti dan markas semua kita ambil kira faktor ini untuk letak calon Pas. Jadi ini yang kita buat supaya kita sama-sama dapat hadapi (BN)," katanya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menyatakan kekesalannya dengan sikap Parti Amanah yang cuba merebut kerusi Pas.

"Parti Amanah hari-hari isytihar akan bertanding semua kerusi Pas dan akan tawan semula Kelantan daripada Pas. Lepas itu minta kita kerjasama dengan dia.
"Kita bukan anak tangga untuk orang pijak naik ke atas. Minta maaf, kita hanya akan bekerjasama dengan parti yang pandai hormati kita," katanya. (IH)

11 comments:

Anonymous said...

Pandailah engkau Tuan Ibrahim,mula2 lawan satu sama satu dengan BN.Apabila engkau dah menang aku percaya parti engkau akan join BN dan tinggalah parti pembangkang yang lain dengan mulut melopong.

Anonymous said...

Setujuuuuuuuu....
Ular mmg suka membelit
Senyap2 ular blh mengganas
Tambah2 ular yg dlm semak
Mcm ularmakkk2 tuuuuu..

Anonymous said...

KATA2 PEMIMPIN PARTI PUSY..PUSYY YG AKU TIDAK BOLEH LUPA ..

1. KAMI BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU....
2. KAMI POLITIK BLOK KE 3......
3. KAMI TIDAK KEMARUK KUASA......
4. KAMI AKAN MENASIHATI KERAJAAN ......
5. KAMI AMALKAN POLITIK MATANG....
6. KAMI AKAN GUNA SIKU DAN LUTUT.....
7. KAMI ADA NO. AHLI SYURGA....

APAKAH INI SEMUANYA FITNAH..??????
SAYA NANTIKAN JAWAPANNYA....!!!!!!!

Anonymous said...

parti lobai ni jangan percaya dulu umno macam2 gelar dia bagi.. kapir lah toghut lah politik suku agama suku lah amal perlembagaan penjajah lah dan macam2 lagi.. umno masih tak berubah masih macam tu jugak..

sekarang amanah yang jadi sasaran.. Ini party lobai mana boleh percaya..

Dzafrullah Adha said...

Baik lobai dr munafiq yg nampok verah tp buruk di dalam

Anonymous said...

Ish ish ish anon 7:08...bab lompat2 dan khianat2 ni better refer kat Pan la kot....

Anonymous said...

Lobai2 munafik jual agama ramai dlm Pas terutamanya tuang presideng pembohong bersiri. Hanya tinggal walaun2 biol yg masih menyokong Parti Ajaran Syirik ni.

Anonymous said...

Anjing2 kurap PanDap akur perintah tuan sepet...

Anonymous said...

Jebon PAN(tat) gila jawatan, gila duit...what a bastard..

Anonymous said...

otak penyokong party lobai memang kotor.. tengok bahasa anon 9.06 AM.. itu yang mengaku istiqomah pada Islam.. itu ajaran yang ko dapat..

Anonymous said...

Kalau dah makbapak dia ajar dia begitu, maka begitulah jadinya. Mungkin dia sendiri seorang bastard, bapak sendiri taktau siapa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails