Monday, December 12, 2016

Khalid Samad Bantai Budaya 'bantai orang'.. Siapa?


khalid samad
SHAH ALAM: Pemimpin dan ahli Parti Amanah Negara (Amanah) digesa untuk tidak mengamalkan sikap menghentam individu tertentu seperti yang dilakukan oleh pihak lain.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, setiap ahli parti, khususnya perwakilan di Konvensyen Nasional kali ini mahu kedudukan Pakatan Harapan diperkukuhkan tetapi ia tidak akan dapat dilaksanakan jika budaya ‘bantai orang’ terus diamalkan.
“Saya nak tegur (perwakilan), kita kata nak kukuhkan Pakatan Harapan tapi janganlah gelar orang ‘duri dalam daging’, kamu bantai orang kamu ingat dia suka ke, bukan itu cara nak kukuhkan Pakatan Harapan.
“Kita jangan bawa DNA PAS, DNA parti lama ni macam inilah, bantai Datuk Seri Wan Azizah (contoh) kata tak layak jadi menteri besar tapi dalam masa sama nak kukuhkan parti,” katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Konvensional Nasional parti Amanah, Ahad.
Ahli Parlimen Shah Alam ini dipercayai merujuk kepada perbahasan perwakilan dari Selangor Jamzuri Ardani pada pagi Ahad yang menyifatkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai ‘duri dalam daging’ dalam kerajaan Pakatan Harapan di Selangor.
Beliau juga mengkritik pemimpin tertinggi Amanah yang didakwa tidak bertanggungjawab terhadap kekalahan parti itu di Pilihan Raya Negeri di Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar.
Khalid mendakwa, setiap ahli dan pemimpin Amanah perlu menunjukkan bahawa parti ini adalah berbeza dengan PAS dengan sikap yang lebih terbuka dan sedia berbincang dalam segala isu.
“Jika kita nak kukuhkan Pakatan Harapan dan kita nak Parti Pribumi Bersatu Malaysia bersama dengan kita, tunjuk satu sikap keterbukaan, bahawa kita sanggup berbincang.
“Kalau orang tak yakin dengan kita, takkan kita nak marah dia, itukah cara kita, itu cara parti lama.
“Cara kita kalau orang tak yakin dengan kita, kita buktikan, itu caranya,” tegasnya.
Seterusnya, beliau menyentuh tentang cabaran yang dihadapi Amanah yang disifatkan sebagai parti paling sukar untuk bertapak di Malaysia.
“Parti Semangat 46 ditubuhkan, Umno serang PAS sambut, parti Keadilan, Umno serang PAS sambut, PPBM, Umno serang, PAS sambut tapi parti Amanah, Umno serang, PAS serang,” katanya. (mStar)

13 comments:

Anonymous said...

Pedulikan PAN sebab matlamat Lobai Hadi akan menjadi kenyataan selpas jadi Timb PM supaya boleh terus dakwah dalam politik

Anonymous said...

lobai pas mana ngaku... dulu kalau ceramah dalam masjid pun kerja bantai orang.. bukan kira..

Anonymous said...

Hadi Awe nak dijadikan Tim Perdana Menteri...? Siaplah rakyat dimaki hamun, u-turn dalam setiap kenyataan sudah menjadi darah daging beliau. Ekonomi hancur, hukum agama ikut kemahuan sendiri.....beliau hanya layak menjadi Nabi palsu kepada Walaun yang otak bodoh bersepai macam tahi lembu.

Anonymous said...

Bila tok ketua lebai marah nnt satu negara dikafirkan termasuk walaun2 biol dia sekali..

Anonymous said...

Kah Kah Kah.... Kata parti amanah, progresif, peduli dan inklusif. Perwakilan baru cakap sikit tentang kebenaran dah kecoh....Ini ciri2 parti kepala taik mcm umno! Kah Kah Kah...... INilah bahana langgar baiah dan sokong RUU Babi...... dah jadi mcm perangai haiwan yg didaulatkan tu!

Anonymous said...

Inilah gunanya berbahas..kalo tak mahu dipanggil walaun2 biol spt dlm Parti Angguk Saje. Pemilihan ketua pun guna cai. Memalukan Islam.

Anonymous said...

Komen dari saiber kafir. Memg kerja puak kafir kutuk ulamak dan pejuang islam dah dasar anti islam. Pada pengikut pan nilai dengan hati yang iklas bukan dari napsu dan kabar dari puak kafir.

Anonymous said...

Akhir zaman pejuang agama dimusuhi penentang agama islam dimuliakan.

Anonymous said...

Cakap berapi khalid samad ni. Tapi contoh yg diberi satu je Pas bantai Wan Azizah tak boleh jadi MB Selangor? Bagi pandangan sesorang tu tak layak utk memegang jawatan tu bukan kutuk la khalid....Knp dapat satu contoh je ye??? Sbb DNA pengutuk yg ori dlm kepala presiden Pan. Itu bapak kpd raja kutuk. Mat sabun, King of Kutuk!!

Anonymous said...

MNLF PECAH DUA GENG, ABU SAYYAP CULIK ORANG UTK DAPATKAN DUIT TEBUSAN,DI SOKONG LOBAI DAN ULARMAK,..SELATAN FILIPINA...

PARTI PAST,PECAH DUA GENG ,...MO1 REMBAT DUIT 2.6 BILION LALU RAKYAT DIKENAKAN CUKAI GST, JUGA DI SOKONG LOBAI DAN ULAR MAK YG MAMAI.....

APAKAH INI JUGA FITNAH..??????

Anonymous said...

Perasan je mengaku pejuang agama..yg sebenarnya penjual agama. Parti Ajaran Sesat..PAS.

Akhir zaman ramai ularmak2 suu memperalatkan Islam utk kepentingan diri.

Dzafrullah Adha said...

Fitnah , fitnah , fitnah ratib versi baru manusia yang islam kulit

Anonymous said...

Pas mano ado otak? Depa pakai quran hadis n hududd. Kalo lwn jugak tantovi per view akan keluak siku n lutot drp dlm jubah depa. Hari tu padan muka. Kena bayar rm10,000 kpd guan eng dap. Itu pon bertangguh. Konon pi luar negara susah nk bayar. Hoi pi luar negara tu mau lari ker?? Hihihihi. Ni contoh lebai malang era pas chai. Kikiki

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails