Tuesday, December 13, 2016

Ini, Pelekat Cermin Kereta Gambar Hantu, Diharamkan..




PENGGUNA
Bangkok: Pihak berkuasa Thailand mengharamkan penggunaan pelekat cermin hantu pada kenderaan kerana bimbang ia menakutkan pemandu. Pelekat itu yang dilekat di cermin belakang kenderaan mencetuskan perdebatan di media sosial kerana bimbang ia menakutkan pemandu sekaligus menyebabkan kemalangan.
Imej hantu itu tidak kelihatan pada waktu siang tetapi muncul pada waktu malam apabila disuluh lampu kenderaan belakang. Pelekat itu digunakan di China sebelum ini bagi mengatasi masalah pemandu yang suka menggunakan lampu tinggi pada waktu malam.
Jabatan Pengangkutan Darat Thailand dalam satu kenyataan semalam memberi amaran, pelekat itu berisiko membahayakan pemandu lain. Walaupun tiada lagi aduan mengenai penggunaan pelekat itu di Thailand, tetapi pihak berkuasa mengambil keputusan untuk mengharamkannya.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat Thailand, Sanit Promwong berkata, pemandu yang ditangkap menggunakan pelekat itu boleh didenda sehingga 2,000 baht (RM248).
“Keselamatan jalan raya tidak boleh dikompromi,” katanya dalam kenyataan itu. - Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails