Sunday, December 11, 2016

Mat Sabu Mahu Pakatan Yang Diketuai DAP, Diikat Dg Perjanjian


PAN Kata Kecewa Dengan Orang Melayu

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mahu Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diikat dengan satu perjanjian persefahaman yang kuat.

Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau percaya bahawa DAP, PKR, PAN dan PPBM yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersedia untuk mewujudkan ikatan perjanjian tersebut.
“Semangat politik semata-mata untuk mengalahkan UMNO tanpa disertai komitmen untuk membina kerjasama politik yang padu, tidak mampu melakukan reformasi total.
“PAN bersama Pakatan Harapan dan PPBM komited untuk menubuhkan sebuah kesatuan pembangkang bagi mengadapi UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan satu logo,” katanya seperti terkandung dalam teks ucapan beliau bersempena Konvensyen PAN 2016 hari ini.
Gabungan parti pembangkang sejak era Barisan Alternatif pernah mewujudkan beberapa perjanjian, malangnya tidak pernah dipenuhi malah menyaksikan banyak peristiwa `tikam-menikam’ sesama mereka.
Pakatan Rakyat yang dibubarkan pada tahun lalu oleh DAP dan PKR pernah mewujudkan Dasar Bersama Pakatan Rakyat tetapi lebur tidak lama kemudian kerana percanggahan ideologi dalam kalangan mereka.
Kemudian diwujudkan pula Perjanjian Pakatan Harapan di Shah Alam, Selangor selepas Pakatan Rakyat dibubarkan, tetapi sehingga kini pelbagai percanggahan diantara parti-parti pembangkang tidak dapat elakkan.
Mat Sabu dalam pada itu meningatkan seluruh ahli PAN bahawa terdapat pihak tertentu dalam negara yang berpegang kepada fahaman ekstrem agama.
Kata beliau, kumpulan ekstremis tersebut dengan begitu mudah melabelkan individu atau kumpulan lain sebagai ‘kafir’ dan bertindak secara keras dan radikal bagi mencapai matlamat mereka.
“Malangnya kerana retorik yang dibawa, mereka dapat mempengaruhi ramai orang. Islam diselewengkan maksudnya bagi menepati pemikiran dan fahaman sempit mereka,
“Sehingga `pembunuhan’ terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengikut konsep dan idealisme mereka dianggap sebagai satu jihad,” katanya yang dipercayai merujuk kepada PAS. – MYNEWSHUB.CC

9 comments:

Anonymous said...

Pastikan kali ini tiada golongan penjual agama. Kalau nak jual agama sila masuk Pas.

Anonymous said...

Ko ni bloger sex... Kuat betol fitnah.. Bila masa dap jadi ketua dalam perjanjian PH..
Fitnah dan PAS tiada terpisah jua.

Anonymous said...

Jgn la tuan bg statment yg salah. Kan dah fitnah tu.... bkn tuan xtau, tp mgkin nafsu amarah & sifat mazmumah mnjadi tunjang kpd diri tuan. Bawak2 la insaf & btobat....

Anonymous said...

ibnu hasyim dah gelap hati

Anonymous said...

Ai, yang terang hati pon tak nampak, DAP dari dulu lagi jadi ketua PAN, PKR..
Terlampau terang sampai tak nampak? Bongok betui..

Anonymous said...

sapa yang bongok.. umno yang dari dulu lagi tipu pas tak nak bagi royalty minyak.. itu yang nak kawan.. ko yang bongok..

Anonymous said...

Ko pun bongok.. dap tu anti islam pun ko x nampak.

Anonymous said...

Ko lagi la bongok sebab masih percaya kepada penjual agama.

Anonymous said...

Kedua dua bongok. Yg bijak Dap dan Umno

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails