Wednesday, May 13, 2020

Krisis GERD Mesir-Sudan-Eithiopia. AS/Israel Dalang?


GERD: Mesir-Sudan-Eithiopia dan tanda kiamat
GERD: Mesir-Sudan-Eithiopia dan tanda kiamat

PERJANJIAN 1929 dan 1959
(1) Sejak 2011 menyaksikan bermulanya projek Grand Ethiopian Renaissance Dam (GERD) yang pernah saya tulis sebelum ini [1]. Projek ini sudah pasti berkaitan dengan perjanjian antara Mesir, Sudan dan Eithopia sjak 1929 dan 1959 lagi.
  • (a) 1929 ialah Perjanjian Anglo-Mesir: Menurut perjanjian ini, Mesir dijamin bekalan air tahunan sebanyak 48 bilion meter padu, manakala Sudan 4 bilion meter padu. Anggaran tahunan Sungai Nil sebanyak 84 bilion meter padu air.
  • (b) 1959 ialah Perjanjian UK-Mesir: iaitu meningkatkan bahagian Mesir kepada 55.5 bilion meter padu dan Sudan kepada 18.5 bilion meter padu, dan selebihnya dikongsi oleh negara-negara lain di sepanjang sungai.
  • (2) Kedua-dua perjanjian ini bersangkutan dengan penggunaan air di Sungai Nil, yang menjadi sumber utama untuk 10 buah negara. 2 perjanjian ini seolah-olah menjadi permulaan konflik antara Negara-negara Afrika.
Apatah lagi Benua Afrika semenangnya sentiasa mengalami krisis air. Dari segi geografinya, aliran Sungai Nil dari Selatan melalui Sudan dan Eithopia, bercantum seperti huruf Y di Khartum, Sudan, dan seterusnya mengalir hingga ke Laut Mediterranean
(3) Grand Ethiopian Renaissance Dam adalah sebuah empangan yang mula dibina sejak 2011/2012. Terletak di Wilayah Benishangul-Gumuz, Ethiopia dan 15km Timur sempadan dengan Sudan.
Rundingan sejak 2011 untuk mengkaji teknikal tersebut berterusan hingga ke 2015. Pada zaman Morsi, beliau agak tegas dengan projek ini. Mesir ketika itu bersedia berkorban nyawa untuk mempertahankan hak mereka.
Namun, berbeza pada zaman Sisi, yang bertindak meneruskan perjanjian tersebut. Sisi ketika itu menganggap bahawa usaha ini tiada kaitan propaganda. Beliau menganggap keinginan membina empangan ini adalah niat murni untuk membangunkan Eithopia.
Kembali menghangat
(1) Isu ini kembali menghangat pada hari ini khususnya pada 20 Februari 2020, Mike Pompeo menyatakan pertikaian antara Mesir dan Ethiopia mengenai GERD mungkin mengambil masa ‘berbulan-bulan’ untuk diselesaikan [1].
Banyak persoalan yang dibincangkan antaranya tempoh air Sungai Nil akan memenuhi empangan tersebut sekiranya siap, dan ia pasti akan mengganggu bekalan elektrik yang dijana oleh Mesir di Empangan Aswan.
(2) Tak lama selepas kenyataan tersebut, aa.com melaporkan bahawa Eithiopia menarik diri daripada pertemuan di Washington bagi membincangkan hal pembinaan GERD ini, iaitu setelah pihak Mesir-Eithiopia bertegas dengan syarat masing masing. [2]
Empangan yang akan menghasilkan 6,475 megawatt ini, untuk kegunaan domestik dan perindustrian Ethiopia, dan eksport ke negara jiran. Ethiopia merancang untuk mengisinya selama empat hingga tujuh tahun mulai bulan Julai ini, tetapi Mesir mahu tempohnya itu lebih panjang.
(3) Pada awal April tahun ini, Perdana Menteri, Ethiopia Abiy Ahmed mengumumkan permulaan pengisian GERD menjelang musim luruh depan, walaupun belum ada kesepakatan dengan Mesir sejak penarikan diri Eithiopia.
Musim hujan di Ethiopia bermula pada bulan Jun dan berterusan hingga September, justeru projek pembinaan perlu disiapkan segera. Menteri Pengairan Ethiopia, Seleche Baqli mendedahkan bahawa negaranya telah menyiapkan pembinaan 72.4 peratus.
(4) Amerika menekan supaya perlu ada kesepakatan antara kedua-dua belah pihak dengan mengesyorkan draf akhir persepakatan. Namun Eithiopia merasa keberatan terhadap draf akhir yang boleh mengundang pelbagai kemungkinan.
Amerika seperti biasa, cuba memastikan kepentingan Mesir yang juga rakan sekutunya, agar terpelihara dengan baik. Walaupun Amerika mengatakan supaya tidak berlaku krisis, namun mereka perlu sentiasa menjaga kepentingan mereka terhadap Mesir.
Belum ada kata sepakat
(1) Rundingan yang dikepalai oleh Amerika itu dilihat gagal apabila negara yang bersetuju menurunkan tandatangan cuma Mesir sahaja. Eithiophia dan Sudan kedua-duanya tidak bersetuju dengan rundingan tersebut yang memakan masa bertahun-tahun.
Ini kerana perjanjian itu dilihat menyebelahi Mesir (berat sebelah). Pada 20 Mac 2020, Middle East Monitor melaporkan bahawa Presiden Mesir cuba menyampaikan mesej kepada beberapa negara Afrika mengenai projek empangan ini, dan cuba mengadakan hubungan dua hala.
(2) Seolah-olah Sisi cuba mempengaruhi negara-negara di sekitar Benua Afrika. Pada 3 April, Middle East Monitor [3] melaporkan bahawa sudah mula wujudnya sentimen anti-Mesir. Biasalah, berita daripada Barat memang akan ‘memenangkan’ Mesir dalam dimensi psikologi.
Bukan setakat itu, sejak sebulan lepas Ethiopian News Agency menyatakan bahawa negara itu juga telah menghantar perwakilan ke peringkat tinggi di seluruh Eropah dan Afrika untuk menjelaskan kedudukannya mengenai rundingan, termasuk rangka pertemuan dengan EU.
(3) Rundingan terakhir antara Februari dan Mac dilihat tidak menyelesaikan masalah. Bahasa mudahnya, Mesir tak bersetuju kerana bimbangkan isu saliran di negara itu dan juga isu bekalan elektrik, manakala Eithiopia pula nak buat juga.
Alasan Eithiopia agak logik juga, iaitu “takkanlah kami tak dapat manfaat langsung daripada Sungai Nil, kami pun nak hidup juga”. Dalam masa yang sama, Eithiopia mempertikai Perjanjian UK-Mesir pada 1959 seolah-olah menafikan hak mereka.
(4) Dalam bab ini, kita bukanlah nak menghukum siapa betul siapa salah. Cuma bimbangkan masa depan perselisihan tiga negara ini, akan menyebabkan pertembungan persenjataan dan menyusahkan rakyat.
Setiap negara pastinya memikirkan periuk nasi masing-masing. Ada bahagian yang perlu dikongsi periuk nasi. Kadangkala perkongsian itu sengaja dicetuskan oleh Barat sepertimana yang sudah biasa terjadi dalam krisis sungai.
Israel Raya disempadani Nil
(1) Krisis sungai bukan hanya terjadi di Sungai Nil. Akan tetapi terjadi di banyak tempat seperti Sungai Indus (India-Pakistan) [4], Sungai Jordan (Israel-Jordan-Syria) dan Sungai Euphrates atau Tigris (Turki-Syria-Iraq). [5]
Memang biasa di peringkat global bahawa krisis sungai akan mengheret kepada pertembungan tentera. Apabila wujudnya pertembungan tentera, ia menjadi ‘lesen besar’ untuk Amerika masuk campur dalam politik setempat.
(2) Ura-ura pertembungan ketenteraan ini sebenarnya sudah wujud dalam pembinaan empangan ini. Panglima Staf Ethiopia, Leftenan Jeneral Adam Mohamed, mengatakan bahawa tentera bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. [6]
Eithiopio menyatakan kesediaan menentang sebarang serangan terhadap GERD, dan melakukan serangan balas terhadap para penyerangnya. Media di Ethiopia mula menyuarakan secara terbuka mengenai niat Mesir untuk mencetuskan perang.
(3) Walau bagaimanapun, itu cuma laporan media dan akhbar yang kita perlu berhati-hati. Bimbang permainan belakang tabir yang cuba cetuskan perkara yang tak baik di rantau itu. Khususnya kedudukan geopolitik rantau itu yang sememangnya panas.
Antara yang dirisaukan ialah jika diikutkan kedudukan perancangan membina empayar Israel Raya (The Greater Israel) yang sempadannya terletak di antara Sungai Euphrates dan Sungai Nil.
(4) Yang dibimbangi ialah bukannya Sungai Nil itu disekat atau tidak, akan tetapi wilayah di situ yang sentiasa bergolak. Apatah lagi pada awal tahun ini Sudan sudah pun normalisasi hubungan dengan Israel. [7]
Manakala Mesir pula sudah sejak sekian lama menjadi rakan kamceng Amerika dan bekerjasama dengan Israel dalam projek menguasai gas Mediterranean. Sudah pasti mengkayakan Israel yang sedang menguasai Palestin. [8]
Tanda akhir zaman
(1) Imam Ad Dailami meriwayatkan di dalam Musnad al Firdaus Hadis daripada Huzaifah al-Yamani, begitu juga disebut oleh Imam Qurtubi di dalam kitab at-Tazkirah dan juga dinukilkan oleh Imam Syuyuti R.A di dalam Husnul Muhadharah mengenai kemusnahan beberapa negara.
Hadis yang panjang, antara yang disebutkan ialah;
وخراب مصر من جفاف النيل

“Kemusnahan Mesir disebabkan keringnya Sungai Nil.”
(2) Di dalam Tafsir Ruhul Maani, tafsir bagi ayat 58 Surah al Isra juga ada menukilkan;
وخراب مصر من انقطاع النيل واختلاف الجيوش

“Dan kemusnahan Mesir disebabkan terputusnya Sungai Nil dan perselisihan antara tentera.”
Di sini jelas bahawa keringnya Sungai Nil berkaitan dengan peristiwa akhir zaman, termasuk kemusnahan beberapa negara yang diisyaratkan di dalam riwayat tersebut dengan lebih panjang.
(3) Kita tidak tahu sama ada keringnya Sungai Nil yang dimaksudkan ini adalah disebabkan GERD ataupun ada faktor yang lain. Bahkan kita juga perlu sedar beberapa Hadis yang lain turut mengaitkan peristiwa akhir zaman dengan gangguan sistem saliran.
Contohnya Hadis Nabi S.A.W yang jelas menyebut mengenai keringnya Sungai Furat sehingga menzahirkan bukit emas dan Tasik Thabari (Galilee) dalam Hadis panjang yang diriwayatkan oleh Tamim ad Dari.
Dalam Hadis yang menceritakan mengenai keringnya Sungai Furat, mengaitkan dengan peperangan yang berlaku selepas itu. InsyaAllah akan dihuraikan dalam artikel lain.
MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 12/5/2020

7 comments:

Anonymous said...

Kat malaysia pun kita ada gejala ini. Bekas pengerusi dan presiden parti berusaha merobek kesatuan bangsa melayu agar usaha mereka duduk dikerusi pm tercapai. Pengerusi pertama menggunakan takjub kekayaan yg berbillion untuk menawan hati orang melayu. Sementara presiden pula menggunakan takjub pidato dengan kandungan pesona dan persepsi yg mendahului masa. Dua2nya omong yg tidak menjanjikan kesejahteraan bangsa melayu. Dua2nya sanggup bekerjasama dengan parti dap demi cita2 peribadi tercapai. Parti melukut pimpinan mike tyson adalah parti sumbangan dap yg mengjak orang melayu iktiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Ini ideologi songsang ikut kerangka dap. Asas2 yg dibawa oleh tiga individu jika dibiarkan akan berkembang biak dan boleh menghilangkan identiti melayu di tanah air sendiri.

Anonymous said...

Atuk Kerala dan pemimpin liberal mata satu adalah boneka ternakan parti kafir Harbi DA-Pigs yang telah menghina Islam dan menafikan hak umat Islam. Mereka adalah pengkhianat bangsa dan agama yang mementingkan diri mereka sendiri sahaja. Mereka tidak peduli tentang penderitaan rakyat yang dilanda covid-19 kerana mereka sibuk berpolitik poyo tahap gaban maka orang bodoh sahaja yang menyokong mereka.

Anonymous said...

KOrang jawablah depan ALLAH dihari pembalasan kelak jika apa yang kamu coretkan adalah tidak benar atau fitnah. Tuan Blog ini pun akan sama mengiringi korang.

Anonymous said...

Nak ikut ulama atau nak ikut kerala. Ulamak ikut quran dan hadis. Kerala ikut akal dan logik. Pilih yg mana lebih selamat.

Anonymous said...

Tak ada pula komen seperti komen 12:22 PM setiap kali RBA DA-Pigs menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam, ulama Islam, parti Islam dan umat Islam.

Adakah penulis komen 12:22 ini musang DA-Pigs berbulu ayam ?

Anonymous said...


Tuan blog ini seakan menyebarkan banyak cerita berat sebelah. Entah benar atau tidak. Mudahan benar hendaknya. Semoga dapat menjawab depan ALLAH kelak.

Anonymous said...

Jika blog ini menyebarkan banyak cerita benar, RBA ternakan DA-Pigs menfitnah blog ini konon banyak cerita berat sebelah.

Sebaliknya setiap kali RBA menyebarkan pelbagai fitnah, tidak ada pula puak RBA dan tuan kafir Harbi mereka atau penyokong mereka komen RBA menyebarkan banyak cerita berat sebelah sebab RBA dan tuan mereka dan penyokong mereka adalah kepala bapak pendusta.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails