Sunday, November 24, 2013

Sokongan Melayu Kpd DAP Meningkat, PKR, PAS Menurun -Dr

PKR menerima penurunan tertinggi sokongan masyarakat Melayu. 
PKR menerima penurunan tertinggi sokongan masyarakat Melayu.Sokongan masyarakat Melayu kepada DAP ketika Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) meningkat, namun sokongan etnik berkenaan terhadap rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain mengalami penurunan, kata Dr Dzulkefly Ahmad.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat itu  ketika membentangkan dapatan itu di Muktamar Tahunan PAS ke-59 PAS berkata, PKR menerima penurunan tertinggi sokongan masyarakat Melayu, iaitu sebanyak 7%, dan sokongan Melayu terhadap PAS turut menurun 2%. DAP bagaimanapun menerima peningkatan sokongan sebanyak 2%.

"Bagaimanapun, sokongan masyarakat Melayu terhadap PAS meningkat di Terengganu dan Johor," kata bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu di Stadium Malawati, Shah Alam hari ini.

Justeru, PAS jelasnya perlu memberikan penekanan terhadap meningkatkan sokongan kumpulan anak muda daripada komuniti majoriti di negara ini kerana mereka akan menjadi penentu dalam PRU14. – 24 November, 2013. (TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails