Tuesday, November 26, 2013

Dr Mujahid Bersama MKPN Bergambar Bersama PM..

Dr Mujahid bergambar di belakang 2 dari kiri..



Majlis perpaduan baru bebas bincang isu sensitif
Putrajaya menubuhkan Majlis Kolsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) melibatkan 29 anggota daripada pelbagai bidang, daripada pelakon kepada ahli politik PAS, bagi merangka agenda perpaduan nasional untuk tempoh enam bulan.

Diketuai oleh Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) Tan Sri Samsuddin Osman, majlis itu akan membentangkan cadangan kepada kabinet dan diberikan kebebasan mengumpul maklumat dan memutuskan isu yang perlu ditangani.

NONEKetika mengumumkan pembentukannya hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, MKPN diberi kebebasan membincangkan isu sensitif seperti penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, isu perumahan dan isu melibatkan Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, mesyuaratnya hendaklah diadakan secara tertutup.

Antara dilantik ke majlis itu pengerusi eksekutif Media Prima Datuk Johan Jaafar, pemimpin PAS Mujahid Yusof Rawa, bekas menteri Datuk Saifuddin Abdullah, aktivis Datuk Marina Mahathir serta pelakon Wardina afiyyah Fadlullah Wilmot. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails