Monday, November 11, 2013

Tinggalkan Gula, Kaa He He... Selamat Datang Stevia!


Pemanis Alami yang Aman 

Stevia: Dulu, Kini, Selamanya?

'Kaa he-he'.. Ertinya, 'herba manis'.Dalam bahasa orang asli Paraguay. 

Begini, kisahnya! Pada 1500 tahun lalu, orang-orang asli Paraguay dikenali sebagai puak Guarani telah menemui suatu pohon mempunyai daun yang manis seperti gula.  Apabila mereka mengunyah beberapa helai daun tersebut atau mencampurnya kedalam minuman-teh, daun tersebut telah memberi rasa manis seperti gula tebu..

Selain dari rasa manis, mereka juga mendapati pokok daun manis yang disebut 'kaa he-he' itu mempunyai banyak kegunaan seperti tercatit di bawah:
  • Melembutkan kulit
  • Membantu menghazam makanan
  • Menyuburkan hempedu / pancreas
  • Mengimbangi gula dalam darah
  • Melicinkan kedutan kulit
  • Menyemboh kecacatan, kudis dan luka
Tidak lama kemudian, pokok kaa he-he telah merebak ke negeri jiran seperti Brazil dan Argentina.
Pokok kaa he-he tumbuh dengan banyaknya di Amerika Selatan. Tidak lama kemudian  pendatang dari  Europah telah mengetahui mengenai pokok tersebut dan kepentingan untuk kesihatan. Dalam tahun 1887, saorang berbangsa Itali bernama Dr. Moises Santiago Bertoni menjadi  direktor Kolej Pertanian di Asuncion, Paraguay. 

Doktor tersebut terdengar pemandu tempatannya becerita, mengenai pokok anih mempunyai ciri-ciri yang menarik itu, tetapi beliau tidak pernah melihat pokok tersebut. Akhirnya, beliau telah menerima sebuah bungkusan berisi daun kaa he-he dari sebuah ladang di Utara. Maka beliau mengisytiharkan penemuan spisis tersebut dalam journal botani. 

Bertoni namakan pokok tersebut 'Stevia Rebaudiana' untuk menghargai jasa seorang kemis bernama Rebaudi yang telah mengenalpasti komponen manis pokok tersebut. Setelah diberi nama, kedudukan stevia mula berubah dari pokok asli kepada pemanis, ke seluruh dunia.


Kini, pemanis semula jadi itu...

Kini, ramai sudah sedar kehadiran stevia, sejenis tanaman seperti herba berfungsi sebagai pengganti gula kerana kemanisan semula jadinya. Apa lagi di tengah-tengah kegilaan masyarakat Malaysia kepada rasa manis melampau,  seakan-akan memberi khabar gembira dan mengurangkan rasa terancam kepada penyakit diabetes.

Dikatakan kegilaan manis melampau itu, adalah disebabkan pengambilan sumber utamanya ialah susu pekat dan gula. Disenaraikan ke 8 tertinggi di dunia  46.9 kilogram perkapita pada 2005 atau 26 sudu sehari, meningkat dari 17 sudu pada 2007. Menjadikan rakyat Malaysia pengidap diabetes ke 4 tertinggi di Asia berjumlah 800,000 pada 2009 dan dijangka meningkat kepada 1.3 juta pada tahun seterusnya.
 Manfaat Tanam Stevia..

Satu: 
Pertanian boleh dikadikan suati perniagaan. Boleh dibuat oleh orang-orang kampung, petani dan koperasi-koperasi pertanian.  Dengan penanaman pokok stevia, pengeluaran cecair ekstrak stevia dan serbuk ekstrak stevia serta pelbagai produk berasaskan pemanis stevia, teh stevia, kometik, penjagaan kulit, produk pelansing badan/ anti obesity, mengubati kencing manis dan darah tinggi. Industri stevia akan menjana ekonomi tempatan serta memberi pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat negara ini.

Dua:
Penanaman stevia juga boleh mengguna semula dan memulih semula tanah terbiar dikawasan luar bandar kerana stevia boleh tumbuh dikebanyakan jenis tanah melainkan tanah yang menakung air.  Pokok Stevia yang ditanam akan menyerap bahan kimia dalam tanah tersebut hasil dari penggunaan baja kimia dan racun serangga selama bertahun-tahun lamanya.  Bahan kimia ini telah menhapuskan cacing tanah menyuburkan tanah tersebut.  Penanaman pokok stevia akan menggalakan kehidupan mikrobe serta cacing tanah yang akan menyuburkan semula tanah terbiar hingga menjadi tanah pertanian yang bermutu dan produktif. 

Tiga:
Stevia juga berupaya menyelesaikan masaalah kekurangan makanan dan kesihatan di negara-negara membangun.  Produk-produk stevia meningkatkan pengeluaran pertanian dan penternakan serta menyelesaikan masaalah pekerjaan dan pendapatan mereka.

Empat:
Mari kita mencegah dan menyembuh penyakit moden dan kronik.  Cecair ekstrak stevia mengandungi bahan-bahan anti oksiden yang menyekat aktiviti oxygen, menyebabkan penyakit kronik dan percepatkan penuaan manusia.  Stevia juga menghapuskan bektiria beracun seperti E. Coli O 157 dan salmonella, aktiviti anti-HIV, dan aktiviti menyah toksik untuk melawan histamine, penyebab pelbagai kes alergi atau alahan kepada makaan tertentu.

Lima
Stevia juga membantu membersih bumi yang tercemar.  Cecair ekstrak Stevia menyerap nikotin dan kimia pertanian serta menyah toksik dioxin di dalam badan dan dipersekitaran kita.  Dengan itu stevia dapat mengawal obesiti serta mencegah cavity dan masaalah gigi yang disebabkan gula tebu.

Enam:
Kegunaan stevia dalam bidang perubatan
• Ubat gigi, cecair kumur mulut - anti plak
• Penjagaan kulit - ekzema dan mengawal jerawat, agen cepat sembuh
• Makanan pesakit Diabetik dan program kurangkan berat badan
• Merawat Hypertensi dan mengawal tekanan darah
• Penentang kalsium berlebihan
• Anti Baktiria         
• Mengurangkan merokok
• Penambah kepada Pil dan kapsul untuk menghilangkan rasa pahit 

Tujuh:  
Kegunaan Produk Stevia dan Ekstrak
• Pemanis minuman - seperti teh, kopi dan minuman
• Minuman ringan, kodial, jus buah-buahan
• Ice krim, dadih, sherbets/jus buah-buahan
• Pastri, pai, kek
• Jem, sos, jeruk
• Jeli, desserts
• Chewing gum
• Kendi, confectioneries
• Makanan Laut, sayuran
• Weight-watcher diets
• Makanan/Dait Diabetik
• Peningkat mutu Perasa, warna dan bau
• Sumber antioxidan
• Peningkat mutuMinuman Arak (agen pemerapan dan katalis) 


Wajarkah kita tinggalkan gula dan menucapkan selamat datang kepada stevia dan menjadikannya sebagai sahabaf dulu, kini dan selamanya?

Bersambung, insya Allah!


Daun pemanis stevia asli dijadikan minuman. Mahu cuba atau menjadi agen jualannya hanya melalui pos sahaja. Sila klik..Daun Stevia, Ganti Gula Baik Untuk Diabetes..

Kaa He He... Selamat Datang Stevia!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails