Friday, November 15, 2013

Ini, Lagi Sarang Pelacur Najis Zina Dijumpai..


KL: Lagi Sarang pelacuran najis zina dijumpai apabila rahsia sebuah salon dandanan rambut yang mendapat sambutan pelanggan lelaki terbongkar, apabila premis tersebut rupa-rupanya menawarkan pakej khidmat seks wanita warga China dan Vietnam.

Kegiatan tidak bermoral di salon yang berpusat di tingkat dua dan tiga sebuah rumah kedai di Jalan Bandar 19, Puchong dekat sini terdedah dalam serbuan polis pada pukul 11 malam kelmarin, lapor Kosmo hari ini. Semasa serbuan, tiga pasangan bukan suami isteri sedang berasmara manakala sembilan lagi pelanggan lelaki sedang menunggu untuk mendapat habuan masing-masing.

Pegawai Risikan dan Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Inspektor Roslin Mohamad Isa berkata, pusat kecantikan yang menawarkan pakej dandanan rambut berserta khidmat seks itu dihidu pihak berkuasa selepas menerima aduan awam yang curiga dengan perniagaan di salon itu yang hanya menerima pelanggan lelaki.

Khidmat di salon itu juga bermula pada pukul 12 tengah hari hingga pukul 1 pagi pada setiap hari. Syabas pihak polis pegawai Risikan dan Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang. Al-hamdulillah, teruskan!

Foto

Iklan: (Klik gambar)
Minuman Daun Stevia Uncang, Ganti Gula, Untuk Diabetes.
Minuman Daun Stevia Uncang, Ganti Gula, Untuk Diabetes.
HMH STEVIA HERBA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails