Monday, November 11, 2013

Presiden PAS Ketua Urus Tanzim I/Muslimin Seluruh Dunia?



KL: PAS akan mengeluarkan kenyataan rasmi petang ini berhubung laporan akhbar prokerajaan reim kudeta Mesir, Al-Wathan yang mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslim.

Akhbar itu yang memetik kenyataan bekas pemimpin Ikhwan yang telah keluar dari Ikhwan, Tharwat Kharbawi mendakwa bahawa Tuan Guru Abdul Hadi sebagai ketua kepada lima orang jawatankuasa pengurusan yang bertanggungjawab menguruskan tanzim di seluruh dunia selama tiga tahun.

Beliau juga mendakwa, tanzim antarabangsa ikhwan telah meletakkan fasal baru dalam undang-undang tubuhnya iaitu jawatan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Mesir yang disandang Dr Muhammad Badie hanya simbolik sahaja manakala yang sebetulnya adalah jawatankuasa pengurusan antarabangsa.

"PAS sedang meneliti kandungan laporan akhbar Al-Wathan dari Mesir yang menyiarkan berita mengenai Presiden PAS.

"Satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan lewat hari ini mengenai hal ini oleh Setiausaha Agung PAS," kata setiausaha politik kepada Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kepada Harakahdaily.

Akhbar kawalan tentera pimpinan Abdul Fatah Al-Sisi itu juga menyebut bahawa ibu pejabat sekritiriat antarabangsa Ikhwan ini berpusat di Malaysia dan Abdul Hadi Awang, Muraqib Ikhwan Malaysia sebagai setiausaha agungnya.

Selain Abdul Hadi, akhbar itu juga mendakwa beberapa individu lain dalam anggota jawatankuasa itu termasuk Ibrahim Munir, Rashid Ghanaoshi dan Hamam Said yang merupakan anggota Maktab Irshad Dunia.

Selain itu akhbar itu juga mendakwa Ikhwan menerima dana antarabangsa, sebanyak 250 juta Gineih bagi menggerakkan demonstrasi menentang kerajaan kudeta. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails