Jawatankuasa Pemilihan PAS memberi amaran kepada semua pihak yang terlibat dengan pemilihan termasuk lajnah di peringkat negeri supaya menghentikan penganjuran majlis yang diadakan dan kemudiannya bertukar untuk menjatuhkan calon yang bertanding.

NONEPengerusi jawatankuasa itu, Asmuni Awi berkata pihaknya telah mendapat aduan dua atau tiga kes di mana lajnah di peringkat negeri mengadakan majlis rasmi kemudian "ditukar untuk mempromosi seorang calon, dan pada masa yang sama menjatuhkan calon yang lain".

"Kita tidak akan berkompromi kalau ada penganjuran majlis tertentu yang dibuat untuk mempromosi diri, dan pada yang sama untuk menjatuhkan orang lain.

"Bagi badan perhubungan negeri dan lajnah-lajnah negeri, jangan menggunakan majlis rasmi dan ditukar untuk mempromosi seorang calon dan menjatuhkan calon lain.  Ini sudah berlaku, saya terima aduan, dan saya beri peringatan supaya  tidak mengulanginya. Perbuatan ini amat dikesalkan.

"Kita telah mengeluarkan garis panduan, berdasarkan kaedah 6 tatacara pemilihan baru-baru ini. Saya berharap semua calon, ahli, penyokong dan lajnah negeri, atas nama apa sekalipun supaya mematuhi aturan ini," katanya dalam sidang media pagi ini.

NONEAsmuni berkata pihaknya sedang meneliti pihak penganjur majlis yang terbabit berhubung aduan yang diterimanya.

Beliau yang juga seorang peguam berkata sekiranya terdapat pihak yang tersinggung dengan dakwaan kepadanya, maka dia boleh membuat aduan kepada jawatankuasa PAS Pusat atau jawatankuasa displin parti.

Katanya, antara risiko tindakan displin yang bakal diterima sekiranya didapati melakukan kesalahan adalah kemungkinan kemenangan calon itu digugurkan selepas muktamar berakhir.

Lapor pada j'kuasa displin
"Kecuali kalau tindakan itu dilihat terlalu memburukkan parti,  maka PAS pusat ada hak untuk mengambil tindakan tanpa merujuk kepada jawatankuasa displin parti," katanya.

NONETurut hadir dalam sidang media itu, timbalannya Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata pihaknya akan menyiasat sekiranya penganjur itu mempunyai kaitan dengan calon yang bertanding dan pada yang sama program itu menyerang calon lain.

"Kalau tidak ada kaitan (dengan calon), kita tak boleh buat apa," kata Takiyuddin yang juga ahli parlimen Kota Bharu.

Bagaimanapun, Asmuni berkata pihaknya tidak memantau berhubung perkara itu dengan harapan kempen berjalan dengan berhemah dan aduan terus dibuat kepada jawatankuasa PAS pusat atau jawatankuasa displin parti.

NONE"Setakat ini tidak masalah dengan calon-calon, tapi biasalah, para penyokong, orang lain yang tidak bertanding yang emosi," katanya.

Dalam sidang media itu juga, Asmuni turut mengesahkan calon-calon yang bertanding bagi peringkat jawatankuasa PAS Pusat dan sayap-sayap parti seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini.

Katanya, berlaku pertembungan dua penjuru bagi jawatan timbalan presiden antara Mohamad Sabu dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
2 penjuru jawatan tertinggi Muslimat
Manakala, bagi jawatan naib presiden pertembungan lima penjuru antara Datuk Abu Bakar Chik, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

NONEAsmuni juga mengesahkan laporan media berlaku pertembungan tiga penjuru bagi jawatan ketua pemuda dan masing-masing dua penjuru bagi jawatan timbalan dan naib ketua seperti yang dilapor media.

Bagi jawatan tertinggi Dewan Muslimat, Asmuni mengesahkan jawatan ketua, timbalan dan naib masing-masing menyaksikan  pertembungan dua penjuru.

Siti Zailah Mohd Yusof akan mempertahankan jawatan ketua apabila berdepan dengan Nuridah Salleh.

Manakala Dr Siti Mariah Mahmud akan berdepan dengan Dr Najihatussalehah Ahmad bagi jawatan naib ketua, manakala Mumtaz Mat Nawi akan berdepan dengan Dr Rosni Adam.

Mengulas mengenai senarai calon itu, Asmuni berkata senarai calon itu adalah muktamad dan mereka akan disemak dengan Jabatan Insolvensi berhubung status sama ada bankrap atau tidak.

Katanya, jika terlibat nama mereka akan dibuang dan tidak layak bertanding. (MK)

Lihat keseluruhan..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013