Sunday, November 10, 2013

Batu Api U/Malaysia Sokong Mohd Amar T/Presiden PAS



Menjelang pemilihan PAS 22 November akan datang, akhbar milik Umno Utusan Malaysia menyatakan sokongan secara terbuka kepada Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti Islam itu.

Dalam rencana yang ditulis oleh salah seorang pengarangnya, Zulkiflee Bakar, beliau mengatakan kemenangan Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan penting demi memastikan pengaruh ulama dikembalikan semula dalam PAS.

"Mereka (PAS) mempunyai misi penting untuk dilunaskan iaitu pertama, mengembalikan kekuatan ulama dalam hierarki kepimpinan utama PAS dan kedua, mendesak supaya PAS tidak menjadi ‘lebai malang’ melalui kerjasama dalam pakatan pembangkang.

"Bagi misi pertama, sudah pastilah tumpuan akan diberikan kepada perebutan jawatan timbalan presiden yang kini disandang oleh Mohamad Sabu atau Mat Sabu," kata beliau dalam tulisannya dalam edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia hari ini.

Zulkiflee turut menjangkakan penyandang Mohamad atau "Mat Sabu" walaupun dianggap sebagai ayam sabung PAS bakal berdepan cabaran sengit terutama selepas popularitinya semakin menurun akibat kekalahan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Kali ini, Mat Sabu dilihat memasuki gelanggang dalam keadaan ‘badan penuh kecederaan’ dan paling ketara beliau sudah tewas dua kali dalam pilihan raya umum.
"Ini belum lagi mengambil kira bagaimana populariti beliau dikatakan semakin menurun," katanya.
Selain itu, Zulkiflee juga menegaskan golongan ulama dalam PAS sudah bersatu berbanding dalam pemilihan lalu.
"Kali ini seolah-olah sudah ada kesepakatan oleh golongan ulama untuk meletakkan seorang calon sahaja.
"Keadaan itu berbeza dengan pemilihan 2011, apabila dua calon ulama bertanding iaitu penyandang Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Kesudahannya ia menyebabkan undi ulama berpecah dan Mat Sabu ‘ditabal’ menjadi Timbalan Presiden dengan majoriti 21 undi," katanya.

Di samping itu, Mohd Amar pada pandangan Zulkiflee adalah individu paling layak untuk mengisi kekosongan jawatan penting itu kerana pengalaman politiknya dalam membantu PAS mempertahankan Kelantan serta mempunyai latar belakang agama sesuai dengan imej Islam parti tersebut.

"Biarpun tewas dalam pemilihan lalu bagi jawatan naib presiden namun kejayaannya membantu PAS mempertahankan pemerintahan di Kelantan banyak meningkatkan popularitinya.
"Apatah lagi, beliau dilihat pengganti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan sentiasa tegas apabila berhadapan dengan sesuatu isu biarpun ia dicetuskan oleh sekutu PAS sendiri iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP," katanya lagi.

Selepas tarikh penamaan calon ditutup 8 November baru-baru ini, jawatan timbalan presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara penyandangnya Mohamad dengan Mohd Amar.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden PAS apabila beliau tidak dicabar yang menjadikan perebutan jawatan timbalan presiden hangat selain naib presiden parti Islam itu. – 10 November, 2013.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Menjelang pemilihan kepimpinan pAS, seperti biasa batu api Utusan Malaysia terus main peranan..

HMH STEVIA HERBA
Daun Stevia, Ganti Gula Baik Untuk Diabetes..

3 comments:

Hatimurrudzi Uda Mat Dris said...

Pas akan jadi lebai malang jika termakan pujian umprono dn.utusan m'sia.ust amar xada trak rekod macam yb.mat sabu.

Hatimurrudzi Uda Mat Dris said...

Pas akan jadi lebai malang jika termakan pujian umprono dn.utusan m'sia.ust amar xada trak rekod macam yb.mat sabu.

Hatimurrudzi Uda Mat Dris said...

Pas akan jadi lebai malang jika termakan pujian umprono dn.utusan m'sia.ust amar xada trak rekod macam yb.mat sabu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails