Wednesday, November 13, 2013

12 GRO Dicekup, Syabas P/Pinang Negara Islam?


SEBAHAGIAN daripada 12 GRO China yang diberkas dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Burmah, George Town kelmarin. 

GEORGE TOWN - Beberapa pelanggan sebuah kelab malam yang leka dihimpit sekumpulan pegawai perhubungan pelanggan (GRO) China di sebuah pusat hiburan terpinga-pinga sebaik menyedari mereka diserbu dalam kejadian di Jalan Burmah di sini kelmarin.

Serbuan pukul 11 malam itu turut menyaksikan pakaian beberapa GRO tersebut hampir terlucut ketika berada dalam dakapan pelanggan miang tersebut. Polis kemudian menahan 12 GRO berpakaian seksi tersebut selepas mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Sumber berkata, salah seorang GRO tersebut cuba bertindak agresif namun berjaya diberkas.
"Kita turut menahan dua penjaga premis berusia 39 dan 58 tahun dan lima pekerja premis untuk siasatan lanjut.

"Siasatan mendapati, pelanggan perlu membayar antara RM150 hingga RM200 untuk melanggan GRO dan ada lelaki miang yang menempah dua gadis sekali gus sebagai teman berhibur," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan serbuan tersebut. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kalau Malaysia Negara Islam seperti kata PM Najib, takkan Pulau Pinang yang juga di bawah perintah kerajaan Persekutuan tidak Islam?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails