Monday, November 11, 2013

Diabetes Meningkat Di Kalangan Remaja. 2X Ganda? -Dr Helmi



Diabetes dapat dikawal jika mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang. 
Diabetes dapat dikawal jika mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang.
 
PERUBATAN

Diabetes meningkat di kalangan orang muda  
Diabetes dapat dikawal jika mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang. Semakin ramai golongan muda, termasuk kanak-kanak seawal usia tujuh tahun, menghidap penyakit Kencing Manis Jenis 2 (T2D) dan kini, angka itu semakin meningkat.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata dianggarkan 2.6 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes dan jumlahnya boleh mencecah dua kali ganda jika diambil kira kes-kes yang tidak dilaporkan.

Beliau berkata, semakin ramai golongan muda menghidap penyakit diabetes berikutan peningkatan kadar obesiti di kalangan mereka yang berkait rapat dengan tabiat pemakanan tidak seimbang.

"Hampir setiap seorang daripada tiga rakyat Malaysia terutamanya golongan muda dikesan sama ada mengalami berat badan berlebihan atau obes, menjadikan mereka berisiko tinggi untuk dijangkiti diabetes," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Walkathon sambutan Hari Diabetes Sedunia, di sini hari ini.

Beliau berkata kajian juga menunjukkan pesakit diabetes muda biasanya mengalami masalah kegemukan akibat daripada tabiat memakan terlalu banyak makanan tidak sihat dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif.

"Oleh kerana kurangnya kesedaran mengenai penyakit ini, ibu bapa terus memberi makan 'makanan ringan' kepada anak-anak mereka dan saya berharap semua ibu bapa dapat mula membimbing anak mereka untuk mengamalkan gaya hidup sihat, " katanya.

Menurut Dr Hilmi, penyakit diabetes bukan sekadar mempunyai kandungan gula berlebihan dalam sistem darah, malah lebih serius ia boleh menjejaskan organ penting pesakit seperti jantung, buah pinggang, saraf dan mata.

Bagaimanapun, Perunding Endocrinologis dan Ketua Unit Endokrinologi dan Diabetes Hospital Pulau Pinang Dr Nor Azizah Aziz berkata penyakit diabetes kronik boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan permakanan seimbang.

"Bagi mereka yang dijangkiti, komplikasi diabetes boleh dilambat atau dihalang," katanya.

Beliau menambah, selain tabiat permakanan yang tidak betul, waktu makan yang tidak teratur turut menyumbang kepada peningkatan trend T2D di kalangan orang muda.

Justeru, beliau menasihati rakyat Malaysia agar mencegah, mengurus diabetes dan komplikasinya dengan mengekalkan gaya hidup sihat dan membuat pilihan yang lebih baik dalam diet mereka. - Bernama, 10 November, 2013.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Cara mudah untuk mengawal dan mengatasi diabetes.. Antaranya..
  • Tanam sendiri sekitar rumah pokok-pokok perubatan tradisional seperti tanaman stevia, dan lain-lain.
  • Jadi agen sambilan herba-herba berkaitan diabetes (bagi yang kurang mampu dan ingin menambah pendapatan) di samping mendalami ilmu perubatan mengenainya. 
  • Wujudkan kegiatan senaman ringan harian atau amal ibadat yang membantu senaman jasmani dan rohani.
Sebagai contoh, untuk membantu hal-hal tersebut klik...Daun Stevia, Ganti Gula Baik Untuk Diabetes..
Lihat juga komen pembaca artikel  Stevia, Kalau Diusahakan Di Malaysia.. -Mardi
XUMNO said...
Mardi tidak perlu menumpukan penanaman Stevia semata2 untuk industri; yang penting ialah menyebarluaskan penanaman pokok ini di kalangan rakyat negara ni sebagai usaha dua mata iaitu mengurangkan beban kos hidup dan mengurangkan kes penyakit diabetes di negara ini. Herba Stevia boleh ditanam dalam pasu dan tanah2 lapang baik di desa maupun di taman2 perumahan. Disyorkan Mardi menggiatkan usaha pengagihan anak2 pokok Stevia secara percuma atau menjualnya dengan murah ke seluruh pelusuk tanah air melalui persatuan2 peladang dan pasar2 tani.
HMH STEVIA HERBA 
STEVIA 
DAUN PEMANIS
Tanpa Kelori - Ganti Gula
Stevia asli, tanpa campuran

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails