Thursday, November 14, 2013

Bayar K-pop RM1.6J, Bukan Pengiktirafan Tapi Pengkhiatan.


Khairy tetap mempertahankan tindakan KBS membawa masuk artis K-pop pada sambutan Hari Belia tahun lalu. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 13 November, 2013. 

KL: The Malaysian Insider melaporkan, Khairy tetap mempertahankan tindakan KBS membawa masuk artis K-pop pada sambutan  Hari Belia tahun lalu. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempertahankan pembayaran RM1.6 juta kepada artis K-pop sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu sebagai pengiktirafan kerajaan kepada golongan belia.

Khairy berkata, langkah tersebut adalah manifestasi penghargaan kerajaan kepada belia terhadap sokongan mereka  dalam proses pembangunan negara.

"Persembahan penyanyi dari Korea iaitu K-pop ialah satu trend dan tarikan kepada belia masa kini terutama dalam menarik golongan belia daripada pelbagai latar belakang.
"Jika dilihat dari sudut positif, perkara tersebut juga satu pengiktirafan kerajaan khususnya kepada golongan belia betapa kerajaan mengambil berat akan minat mereka," kata Khairy di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan menerima kritikan dan tekanan hebat susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang mendapati Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membelanjakan RM1.6 juta untuk membawa tiga kumpulan K-pop, iaitu U-Kiss, Teen-Top dan Dal Shabet. Khairy mempertahankan penganjuran dan langkah membawa kumpulan K-pop tersebut bermanfaat dan memberi banyak faedah kepada pengunjung pada Hari Belia Kebangsaan ketika itu.

"Bagaimanapun kajian impak ekonomi telah dibuktikan bahawa program kesuluruhan memberi impak ekonomi tinggi dengan kehadiran 2.4 juta pengunjung yang secara tidak langsung memberi pendapatan kepada golongan usahawan dan peniaga yang terlibat dalam himpunan ini," katanya.

Khairy juga menegaskan adalah tidak adil apabila mempertikaikan jemputan tiga kumpulan K-pop tersebut kerana artis tempatan juga dijemput untuk menjayakan program tersebut.

"Selain persembahan artis Korea, jangan kita lupa seramai 204 artis tempatan, individu dan berkumpulan turut diundang untuk membuat persembahan sepanjang empat hari.
"Himpunan yang berlangsung itu  melibatkan nama-nama besar seperti Wings, Search, Azlan Typewriter, Rabbani dan Hijjaz," katanya.

Namun, Ahli Parlimen Sepang (PAS) Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan kewajaran langkah membawa bentuk hiburan sedemikian yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

"Adakah ia sesuai dengan Islam? " soal Mohamed Hanipa kepada Khairy.

Namun, Khairy bertegas kumpulan K-pop menjadi satu trend di kalangan belia tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

"Persembahan penyanyi dari Korea iaitu K-pop ialah salah satu trend dan tarikan kepada belia masa kini terutama untuk menarik golongan belia daripada pelbagai latar belakang," katanya.
Ada orang kata, ini gambar ulat bulu?
Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan penganjuran konsert itu daripada dana kerajaan meskipun KBS menafikan tahun lalu dengan mengatakan kos konsert itu ditanggung penaja. Laporan Audit Negara 2012 juga turut mendedahkan KBS berbelanja melebihi had iaitu RM1.11 juta untuk promosi dan publisiti bagi acara tersebut.

Lanjutan isu tersebut, bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menerangkan sendiri isu berbangkit berhubung laporan audit berkenaan.

Menurut editor weblog ini Hj Mohd Hasyim," Pembayaran RM1.6 juta kepada artis K-pop sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu itu, sebenarnya bukan sebagai pengiktirafan kerajaan kepada golongan belia, tetapi suatu pengkhiatan 'amanah Allah' yang dititipkan kepada pemimpin-pemimpin  umat masakini."

"Belia-belia di Malaysia, sepatutnya dipandu dan dipantau ke arah yang membangun, bukan dibazir tenaga dan peruntungan kewangan hak mereka, kearah yang tidak wajar!"  (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails