Sunday, November 10, 2013

Wacana Calon Ketua Pemuda PAS Di Alor Setar

 

KUALA LUMPUR: Walaupun Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi mengalu-alukan debat secara bersemuka di antara calon-calon jawatan di peringkat PAS Pusat bagi menggalakkan kempen secara sihat, Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah mencadangkan kaedah yang lebih lunak iaitu program wacana.

Ketuanya, Yusrin Adnan dalam satu kenyataan media berkata, program wacana itu dianjurkan bagi memupuk budaya ilmu dalam medan siasah (politik).

Wacana bertajuk “Ke Arah Pemberdayaan Pemuda Harapan Nusa Bersama Calon-Calon Ketua & Timbalan Ketua Pemuda Pas Malaysia 2013-2015” itu ujarnya bukanlah program  debat tetapi lebih kepada percambahan idea di kalangan calon.

“Pemuda PAS Kuala Kedah telah membuat jemputan kepada calon-calon yang layak bertanding bagi jawatan ketua dan timbalan ketua pemuda, dengan harapan dari kami, semua calon-calon  bersedia untuk tampil bagi menyuburkan budaya ilmu dalam kelompok Dewan Pemuda.

“ Namun kami tidak berjaya menyatukan kesemua calon Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia dalam satu pentas wacana kerana terdapat calon yang agak keberatan untuk hadir dengan alasan yang tersendiri.

“Calon-calon Ketua Pemuda PAS Malaysia yang telah mengesahkan untuk hadir ialah Saudara Suhaizan Kaiat dan Saudara Zulhazmi Shariff manakala Calon Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia ialah Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss,” ujar Yusrin (gambar).

Wacana anjuran bersama Pemuda PAS Kuala Kedah dan Kelab Profesional Muda Negeri Kedah itu akan berlangsung pada 13 November, jam 8.30 malam di The Leverage Business Hotel Mergong, Alor Setar  (berdekatan Tesco Mergong).

“Pihak kami menjemput wakil dari Dewan-dewan Pemuda PAS kawasan khususnya di negeri Kedah untuk hadir ke wacana ini,” jelas beliau. (Hrkh)
Klik....

HMH STEVIA HERBA
Daun Stevia, Ganti Gula Baik Untuk Diabetes..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails