Sunday, August 19, 2018

Baru Tahu Susu Coklat Kena Cukai. M/Kewangan Apa Ni?

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diserbu pihak media untuk mendapatkan respon berkenaan cukai SST selepas sesi taklimat SST bersama Menteri Kewangan di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 18 OGOS 2018 

SHAH ALAM- “Hari ini saya baru tahu susu berperisa coklat dikenakan cukai, saya ingat susu telah dikecualikan cukai,” demikian Menteri Kewangan, Lim Guan Eng selepas sesi taklimat Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Guan Eng berkata, dalam pengetahuannya hanya susu asli sahaja dikecualikan cukai ketika pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum ini.

“Saya ingat susu telah dikecualikan cukai, susu asli tiada gula tidak kena cukai, tapi susu coklat dikenakan cukai.
“Ini kerana susu amat penting untuk pertumbuhan kanak-kanak. Saya akan kecualikan susu coklat daripada dikenakan cukai SST,” katanya ketika ditemui pemberita di Hotel Saujana Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu Guan Eng bersama Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Subromaniam Tholasy menghadiri sesi itu lebih tiga jam di hadapan 500 peniaga yang berdatar dengan sistem MyGST sebelum ini.
Lim Guan Eng Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (dua kiri) berbual bersama Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy (dua kanan) pada sesi taklimat SST bersama Menteri Kewangan di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 18 OGOS 2018

Ahli Parlimen Bagan itu juga berkata, taklimat itu juga bagi memberi peluang kepada peniaga berdialog dengan kerajaan untuk mendapatkan maklum balas berhubung pelaksaaan SST yang bakal diluluskan minggu depan.

“Kita akan berikan kepercayaan biar mereka mohon dulu, selepas itu kita akan siasat, kalau kita dapati bahawa mereka tidak dikecualikan maka mereka kena bayar.
“Kalau mereka dikecualikan, bayaran akan dikecualikan, itu adalah apa yang kita sebut pendekatan lembut di mana kita akan percaya sama mereka,” katanya.

Katanyai, siri dialog bersama pihak industri itu dapat membantu memastikan mereka sama ada layak atau tidak dikenakan cukai susulan ‘threshold’ telah dinaikkan kepada RM1 juta setahun berbanding RM500,000 dalam GST.

“Percaya dulu, kira kemudian kerana kerajaan Malaysia dibina di atas Pakatan Harapan atas percaya sama percaya bersama dengan rakyat dengan kerajaan
“Kita harap mereka tidak cuba laeri daripada bayar cukai, bercakap benar, dengan ini kita boleh atasi masalah ini,” katanya. – MalaysiaGazette

16 comments:

ted manoff said...

Dah nama pun chukai..mesti ada yg naik..pelir tuan ibnu pun mesti naikk..sst hanya kutip 20 billion sdgkan gst 42 billion..mana satu tuan ibnu pilihh..

Anonymous said...

Peralihan jawatan perdana menteri muafakat PH, kata Rafizi

Bernama
ShareTweetPinMail

Kata Rafizi, perkara itu akan dilaksanakan seperti mana sewaktu pemilihan Dr Mahathir sebagai perdana menteri ketujuh.

TAWAU: Peralihan kuasa perdana menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden Parti KeadIlan Rakyat (PKR) adalah soal muafakat yang akan diputuskan dalam Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata perkara itu akan dilaksanakan seperti mana sewaktu pemilihan Tun Mahathir sebagai perdana menteri ketujuh.

“Perkara itu (soal peralihan kuasa) perlu dikembalikan kepada Majlis Permuafakatan Pakatan Harapan, dan cuma sebelum ini telah dipersetujui ramai dan rakyat iaitu perdana menteri ketujuh ialah Tun M, manakala perdana menteri kelapan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tempoh masa dan ketika sesuai peralihan itu akan dibincangkan pada majlis peringkat presiden,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai program Bicara Reformasi di sini, tengah malam tadi.

Menurut Rafizi, peralihan kuasa tersebut akan diselesaikan secara bijak dengan mengambil contoh kebijaksanaan majlis permuafakatan PH menggabungkan parti pimpinan Tun M (Bersatu), Anwar (PKR), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Parti Warisan Sabah) yang membawa kemenangan pada pilihan raya umum ke-14.

Anonymous said...

Mari berkenalan dengan 'Lebai Kulup'.

Lihat ini..
[Ted Manoff & lebai kulup

antilebaikulub said...
1. T.kasih. Kerana ramai yang kait PAS dengan kahwin 2,3,4,. Ada juga yang tuduh ahli PAS kahwin 5, itu tak perlu layan itu geng jahil agama. Nak fitnah pun biar menasabah.

2. Mengatakan ramai 'lebai PAS' kahwin poligami, menunjukkan lebai PAS itu mempunyai kesihatan seks yang baik, ramai anak dan tak takut, 'tak dapat rezeki seperti pahaman orang yang tak beriman'.

3. Bukan seperti 'lebai kulub'. Lebai kulub ertinya mereka kuncu2 PH yang suka diperintah oleh orang kulub tak bersunat atau berkhatan, penuh tahi palat. Bukan perintah saja, bahkan dalam blog ini (ted manoff) ada yang mengaku sanggup beri 'puki bini'nya (maaf, itu yang dia sebut) kepada pakar rujuk mereka 'lebai kulup' Lim Guan Eng.

4. Lebai2 kulup ini, kebanyakannya beristeri 1, biasanya takut bini, nafsu ada tetapi tenaga tiada, bahkan ada yang rindu jadi pondan.(ada yang pilih nama kejora bapok dll). Atau isterinya jadi perkakas antik saja.]

Insya Allah, kita sambung lagi kalau ada masa.

Ho ho ho

Anonymous said...

Orng pas tak minum susu coklat...tu pasal lobai pas tak bantah dan sokong najib prompak...

Pas bantah jugak gst tapi belakang najib...jauh2 dari najib..pas punye taktik main wayang...

Pas sokong tak hapus gst?..

Anonymous said...

Orng Pas ramai yg miskin..susu coklat mahal..

Anonymous said...

Nik Abduh: Orang memberi kita merasa

19 Ogs 2018, 12:48 tengahari (Dikemaskini 19 Ogs 2018, 12:53 tengahari)

A A
Menanam budi, kadang-kadang hasilnya hadir tanpa perlu menunggu lama.

Mungkin itu yang mahu dinyatakan oleh Anggota Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, semasa mengulas perkembangan terkini situasi politik negara, terutama menjelang pilihan raya kecil (PRK) Seri Setia.

Katanya pada PRK Sungai Kandis dulu beliau menggesa penyokong PAS memberikan undi kepada anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam yang menjadi calon, keadaan di Seri Setia menunjukkan keadaan yang lebih menarik.

Nik Mohamad Abduh berkata di Seri Setia tidak perlu lagi untuk beliau membuat sebarang gesaan kepada Umno hasil kepada penerokaan politik baru oleh kedua-dua parti.

"Semalam saya berkata, orang PAS undilah Umno. Hari ini saya tidak perlu lagi berkata, orang Umno undilah PAS. Ia sedang dan pasti berlaku insya-Allah," katanya melalui satu hantaran di Facebook semalam.

Anonymous said...

Berapa jutakan lobai nik abuduh dah merasa sedekah haram oleh najib?...

Jangan sampai ana sumpah ente jadi abu...hihihihi..

Ana anak durhaka..

Kejora Bapuk Bodo said...

Mula-mula nak tolong bela Umno...

Shakira Buang
19 Ogs 2018, 9:00 pagi (Dikemaskini 19 Ogs 2018, 10:17 pagi)

A A
WAWANCARA | Umum mengetahui Pakatan Harapan (HARAPAN) membuka lembaran baru bagi Malaysia apabila diberi mandat untuk menjadi kerajaan pada tanggal 9 Mei lalu.

Sehari kemudian Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah selaku perdana menteri.

Kejayaan HARAPAN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 itu sekali gus menamatkan tempoh pemerintahan Umno-BN sejak lebih 60 tahun.

Menyusul selepas itu ialah pelantikan anggota kabinet dan timbalan masing-masing. Di kalangan tokoh yang dilantik, ada antaranya kurang dikenali.

Malaysiakini berpeluang mendekati salah seorang daripada tokoh yang diberi kepercayaan menjadi sebahagian daripada anggota kerajaan, iaitu Mohd Radzi Md Jidin.

Nama ahli politik dari Kelantan itu bukanlah lazim seperti tokoh sedia ada. Namun Mohd Radzi diberi tugas yang besar, iaitu menjadi timbalan menteri hal ehwal ekonomi, iaitu sebuah kementerian yang baru diwujudkan.

Dalam temu bual di parlimen baru-baru ini, Mohd Radzi mengakui dia tidak dikenali ramai berbanding tokoh HARAPAN dari Kelantan.

Bahkan beliau langsung tidak berpengalaman dalam politik kerana terlalu asyik dengan dunianya sendiri kerana menetap lebih 20 tahun di Hobart, Australia.

Pulang ke Malaysia

Nikmat yang diperolehi daripada ketenangan serta pemandangan gunung-ganang di Hobart membuat Mohd Radzi kurang memikirkan hasrat kembali ke Malaysia.

Namun, ada satu perkara yang mencetuskan gejolak di hatinya dan tiba-tiba terpanggil untuk pulang ke tanah air, iaitu apabila beliau mendalami isu 1MDB.

Pada asalnya, Mohd Radzi, 41, hanya mahu membantu Umno menyelesaikan isu tersebut.

“Isu 1MDB yang buat saya masuk politik, sebab perkara itu bidang saya, dan saya buat banyak penyelidikan, baca beribu-ribu muka surat untuk memahaminya.

“Apabila timbul isu 1MDB, tidak ramai anggota Umno yang bercakap dan mempertahankannya.

"Sebagai orang yang tahu sedikit sebanyak bidang akaun dan audit, saya kata kepada diri sendiri: saya kena belajar isu ini supaya saya dapat pertahankan Umno," katanya.

Namun beliau tidak menyangka perkara yang sebaliknya berlaku apabila banyak "kemungkaran" yang muncul. Dan ia berlaku tanpa dirancang

"Lebih banyak kita baca, lebih banyak kita nampak kemungkaran yang berlaku.

"Ianya mengambil masa yang lama dan isu 1MDB ini, orang masih tidak peduli,” kata Mohd Radzi.

Pensyarah dan pakar perunding di Universiti of Tasmania di Hobart itu berkata beliau pernah membangkitkan isu 1MDB kepada pemimpin utama Umno.

Anonymous said...

Pas bekerjasama dgn prompak...wang 1 mdb dirompak...wang dlm poket rakyat dirompak dgn gst pelbagai barang..


Bukan ahli ph sahaja di kenakan gst...ahli umno dan pas pon kena bayar gst..

Adekah ahli pas setuju lobai pas kerjasama dgn prompak?...

Lobai Pas puashati kerjasama dgn puak prompak ...

Anonymous said...

Kita tgk brapa ramai org umno yg snggup undi parti putar belit mcm PAS ni nnti

Anonymous said...

Ted manoff klu nak tengok kebodohan orang melayu ditipu tony puah tentang gst sila tengok link ni.

https://youtu.be/8eA4Qhhir8I

Klu tak faham tang mana yg tony kencing rakyat tu sila tanya. Saya dgn rela hati menerangkan. Dlm link youtube ni ted manoff akan tengok betapa ramainya orang melayu yg puji kemain si tony. Not the chineese. Sbb chineese are too smart to be cheated in this scenario. It clearly showed that betapa jahilnya melayu bukan sahaja bab agama malah bab ekonomi juga. Kesian saya tengok...

Anonymous said...

Good 1.25. kami nantikan sambungannya...

Anonymous said...

kPas sokong hapus gst. Tapi lebih jauh tak sokong implement sst.

Tapi perkara yg paling pokok ialah 1.25 ni paham ke gst dan sst? Jgn la sokong dan tak sokong pada satu perkara yg tak difahami. Klu kamu cakap gst penyebab harga barang berbanding sst sila detailkan.

Anonymous said...

pas tipu umno. pru14 pas main2 saja xjoin bn pun. pas nk dedak saja. abis dedak umno dibuang. dh ngandung umno dibuang tepi jalan.

pas penyebab pertandingan 3 penjuru pru14 yg punca bn kalah.

sesungguhnya pas parti takiyyah yg tk blh dipercayai oleh sesiapapun.

Anonymous said...

Semakin hari berlalu, walaupun di mulutnya berkata tidak mahu tergesa-gesa, tetapi riak ikan di air jelas memperlihatkan Anwar Ibrahim sudah tidak sabar lagi untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad.



Terbaru, beliau menyatakan banyak pihak datang menemuinya dan sedia mengosongkan kerusi masing-masing bagi memberinya laluan bertanding sebagai Ahli Parlimen.



"Sejak kembali dari Turki, berpuluh Ahli Parlimen datang jumpa saya dari semua parti dan kita berbeza pendapat semasa pilihanraya, tetapi kita tidak ada permusuhan peribadi," kata beliau.



Beliau seterusnya menyebut, antara Ahli Parlimen yang datang menemuinya dan sedia mengosongkan kerusi itu adalah daripada Perak, Negeri Sembilan, Kelantan dan juga Kedah.


Anonymous said...

1.57 dan 8.37
Sabar dn jgn risau....gabungan akan tetap berlaku...cakapla apapun...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails