Monday, August 20, 2018

Hina Mahkamah Syariah: DPPNT Buat Laporan Polis


Ustaz Kamaruzaman (tiga, kanan) menujukkan laporan polis yang dibuat


KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menyarankan agar Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Tan Sri Razali Ismail memohon maaf sekaligus menarik balik kenyataan yang disifatkan boleh menghina mahkamah kerana mempertikaikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah berhubung kes hubungan sejenis dua wanita lesbian di Dungun April lalu.


Serentak itu Ketuanya Ustaz Kamaruzaman Abdullah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu, 19 Ogos.

"Laporan ini bertujuan mengingatkan Tan Sri Razali supaya beliau dapat berhati-hati ketika mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dengan keharmonain negara ini khususnya keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

"Yang keduanya, bila isu ini telah menjadi viral di seluruh negara maka selayaknya beliau memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Sekiranya tidak, kami (DPPNT) akan serah kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan selanjutnya," tegas beliau.

Beliau berkata demikian ketika membuat kenyataan media selepas selesai laporan polis di buat di balai berkenaan.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Hilmi Harun, Setiausaha DPPNT, Ustaz Mohd Nasir Abdul Razak, Ketua DPP Kuala Terengganu, Mohd Azrin Mohd Aris,  Exco DPPNT Raja Arizal Raja Arif dan Mohd Aswadi Mohamad.

Dalam laporan polis itu Ustaz Kamaruzaman percaya kenyataan yang dikeluarkan oleh SUHAKAM merupakan satu penghinaan atau menyebabkan dipandang hina, mempertikai dan mempersenda, serta bermaksud merendahkan keputusan atau penghakiman dan Martabat Mahkamah Syariah Terengganu.

Dan ini bertentangan dengan Seksyen 11 - Mengingkari Perintah Mahkamah, Enakmen 7, Tahun 2001, Kesalahan Jenayah (Takzir) Terengganu, Bahagian III berhubung dengan kesalahan dan Institusinya.

"Bagi mempertahan dan mengekalkan kesucian dan ketinggian agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, saya datang ke balai polis buat aduan bagi tujuan pihak polis membuka kertas siasatan ke atas Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail dan/atau ahli-ahli Pesuruhjaya SUHAKAM," jelasnya dalam laporan tersebut.

Pada 12 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu menjatuhkan hukuman 6 sebatan dan denda RM3,300 ke atas dua wanita yang cuba melakukan hubungan sejenis dalam sebuah kereta di Dungun, April lalu.

Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas wanita berusia 22 dan 32 tahun itu mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen sama kerana musahaqah.

Mereka juga akan dihukum penjara empat bulan, jika gagal membayar denda itu.


Sebagaimana disiarkan oleh beberapa akhbar online, Tan Sri Razali dilaporkan sebagai berkata, hukuman seperti itu memalukan, merendahkan dan percubaan untuk memalukan si pelaku dan keluarga mereka secara terbuka.

Beliau juga dilaporkan sebagai berkata,ia sekaligus bertentangan dengan nilai martabat manusia, dan tidak selari dengan komitmen menjaga maruah seseorang seperti yang dianjurkan dalam setiap agama.

"Suhakam menegaskan hukuman sebat dalam keadaan apapun melanggar larangan mutlak penyeksaan dan hukuman kejam, tidak berperikemanusiaan atau menghina di bawah undang-undang antarabangsa," ujarnya dalam laporan tersebut.

Ustaz Kamaruzzaman yang juga Pengarah Insitut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) berkata, DPPNT atas prinsip mempertahankan Rukun Negara termasuk mempertahankan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, sepatutnya kenyataan seumpama itu tidak dikeluarkan oleh Pengerusi SUHAKAM.

Beliau berkata, apabila sesuatu mahkamah telah memutuskan satu keputusan maka semua pihak termasuk pemerintah dan lain-lain mesti menerima keputusan tersebut seadanya.

"Kita (DPPNT) merasa terkilan dengan kenyataan Tan Sri Pengerusi SUHAKAM yang telah membelakangkan kedaulatan undang-undang yang semua orang tahu walaupun dengan alasan (yang cuba kita selidiki) kononnya bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.

"Hujah tersebut tidak digunapakai sebagai kita rakyat Malaysia yang menjulang perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Malahan apa yang diputuskan oleh mahkamah syariah sebenarnya sangat-sangat kecil jika hendak dibandingkan dengan amaran dari Allah SWT," jelasnya.

Katanya, Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender  (LGBT) itu merupakan satu perkara yang telah digezetkan oleh Allah SWT sebagai amalan songsang yang mengundang kemurkaan-Nya.

"Sekiranya umat zaman dahulu Allah bayar 'cash'(tunai), dengan melingkupkan bumi dan menenggelamkan mereka.

"Cuma kita jadi umat Nabi Muhammad s.a.w., apa jenis bangsa sekalipun siasah layanan Allah Ta'ala berbeza dan diberi tangguh oleh Allah, membuka ruang untuk mereka kembali kepada Allah SWT," jelasnya lagi.

Justeru katanya, dengan rasa penuh tanggungjawab DPPNT memberi teguran supaya mudah-mudahan Tan Sri Razali kembali ke pangkal jalan dan beliau tidak menyanggahi apa yang diputuskan oleh Allah dan mahkamah.

"Kita memandang ia sangat serius kerana Tan Sri mempunyai kedudukan  dalam masyarakat, sekiranya dibiarkan perkara ini terus berlaku, dia akan mengundang kepada mala petaka dari sudut prinsip undang-undang di Malaysia ini.

"Maknanya sesiapa sahaja boleh menyuarakan ketidakpuasanhati kepada keputusan mahkamah," katanya lagi.

Difahamkan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat akan berhubung dengan pihak pendakwa raya mahkamah syariah untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Urusteia Penerangan Darul Iman (UPDI) akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan perkara ini. (Teganukita)

27 comments:

Anonymous said...

'cuba' melakukn hubungan sejenis tu mcmana ye. mungkin ibnu blh tulis topik tu lps ni.

waaah klu bab sex ni laju je walaun dn ibnu. klu jenayah jho low tu yg jg haram disisi agama malah blh mnjahanamkn umat termasuk pas juga.. buat pekak badak je walaun.

Anonymous said...

Yang tangkap dua wanita yang sedang 'cuba'... tu berapa orang wanita?

Mustahil Pegawai Lelaki yang tangkap...

Anonymous said...

hai kaum pompuang, kalau ketagih sangat aku kang ada he he he....kalau tak mahu aku, Tuang Ibnu pakar sex pung ada he he he he

Anonymous said...

Apabila Ahli Parlimen PAS tunjukkan kedangkalan mereka berhujjah


Hari tak cukup sekali ahli Parlimen PAS tunjukkan kedangkalan mereka berhujjah, rupanya depa buat lagi..mula mula MP PAS Terengganu yang ditegur Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Cyhe kerana bertanya soalan yg tidak ada kena mengena tentang LGBT, Selepas tu wakil dari Tumpat Kelantan pulak dikatakan membawa Hujjah yang sesat di Parlimen oleh Lim Guan eng..

LGE kata kat ahli Parlimen UMNO.. yang bangun terasa MP PAS tumpat, Lepas tu meleret dok sembang idea Ekonomi PAS lah yg terbaik.. lepas tu Lim Guan Eng kata dia menyesal bagi ruang.. lain yang orang hujjah, lain yg ditanya.. kata Lim Guan eng Hujjah MP PAS tu Sesat..


Ahli Parlimen PAS punya marah, depa minta Speaker Lim Guan Eng tarik balik perkataan Sesat.. Speaker tanya atas alasan apa ? sebab Lim Guan cuma kata hujjah Sesat.. apa jawab MP Tumpat ? Sesat ini (tempatnya) Neraka ? garu kepala Lim Guan Eng..

Aduhh.. apalah punya teruk IQ Ahli Parlimen PAS yang dihantar ke Parlimen ni.. tang mana nya Teknokrat cerdik pandai yg dikata ramai dalam PAS.. begitu teruk kefahaman depa dalam Ekonomi dan perbahasan..hampir semua soalan dan hujjah depa melencong..Sampai kan semua Menteri Ahli parlimen PH malas nak layan depa ni..

Bila teringatkan hadis Nabi pasal tentang kelompok Khawarij dan Kelompok Ruwaibidhah, baru aku faham gambaran puak ni dengan jelas..

Anonymous said...

Aduhai PAS.. Orang lain buat HARAM, Mai tang dia buat HALAL..!
ORANG LAIN BUAT HARAM, DIA BUAT HALAL

1. Umno dan MCA tidak lagi dilihat sebagai musuh oleh Pas seperti dulu.

2. Kedua-dua parti itu bukan lagi parti sekular, penentang hudud, jauh sekali sebagai parti syaitan.

3. Jika Umno dan MCA parti syaitan, tak mungkin Pas yang pernah Hadi sebut sebagai parti Allah sanggup menjadi rakan kerjasama kedua-dua parti itu.

4. Dulu dan kini, di sana-sini dicanang, dasar Pas ialah Islam.

5.Haram hukumnya bekerjasama dengan parti sekular dan penentang hudud.


6. Rupa-rupanya parti Pas boleh bekerjasama dengan parti sekular dan menentang hudud.

7. Begitulah Pas. Hanya sebuah parti politik, bukan agama.

8. Pemimpinnya juga manusia bukan malaikat.

9. Mereka bukan orang suci walaupun pakai serban.

10. Cuma mereka perasan diri mereka suci sehingga berani menerakakan orang lain.

11. Amanah bekerjasama dengan DAP haram, kerjasama dengan Tun M haram sebab DAP kafir dan Tun M sekular.

12. Pas kerjasama dengan MCA halal walaupun kafir, dan dengan Umno juga halal walaupun sekular.

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Kejora Bapuk Bodo said...

BN korup, minta 30 peratus saham dari pelabur China untuk orang tertentu'

Norman Goh
19 Ogs 2018, 7:22 malam (Dikemaskini 19 Ogs 2018, 7:29 malam)


A A
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan BN sebelum ini korup dalam menerima kemasukan pelabur China ke negara ini.

Beliau berkata demikian semasa Forum Pemimpin Kelab Usahawan China di China World Summit Wing Hotel di Beijing hari ini.

Mahathir ditanya oleh salah seorang usahawan China semasa forum berkenaan mengenai kebimbangan terhadap prosedur ketika menjalankan perniagaan di Malaysia.

"Saya fikir, kerajaan baru (Pakatan Harapan) telah mengambil masa lebih kurang tiga bulan lalu. Jadi, dasar kerajaan lama (BN) adalah apa yang mengakibatkan kerajaan menjadi sukar kerana kerajaan (sebelum ini) tidak cekap, ia korup.

"Terdapat kes di mana pelabur diminta memberi 30 peratus saham kepada sesetengah orang. Itulah sebabnya ada kelewatan kerana orang tertentu cuba mendapatkan wang daripada pelabur," katanya.

Perdana menteri memberi jaminan bahawa kerajaan kini tidak akan membenarkan amalan sedemikian berlaku dan berkongsi cara baru untuk meningkatkan kecekapan serta mempercepatkan kelulusan bagi pelabur yang ingin menjalankan perniagaan di Malaysia.

"Mereka (agensi kerajaan) harus mengikut corak tertentu dan mereka diberi masa tertentu untuk membuat keputusan.

"Jika tidak, mereka akan ditanya kenapa. Kenapa kamu menolak dan mengapa kita tidak bersetuju? Mereka perlu menjawab soalan itu," katanya.

Mahathir turut memberikan keyakinan sekiranya komuniti perniagaan China melabur di Malaysia, tidak akan berlaku perbuatan mendapatkan wang daripada mereka sebelum sesuatu projek diluluskan.

Anonymous said...

sebodoh2 umat walaun ni. islam nmpk sgt low class sebb mereka.

semua low la.

Anonymous said...

tklama nnti pas pun kerjasama dgn lgbt... tkde yg mustahil dgn puak2 ni. asalkn mereka dpt kekal jd pembangkang selamanya.

Anonymous said...

walaun lebih low dpd jholow

Kejora Bapuk Bodo said...

Umno gesa Najib kongsi maklumat tentang Jho Low

Adam Abu Bakar
ShareTweetPinMail


KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Datuk Mohamed Khaled Nordin menggesa Datuk seri Najib Razak berkongsi maklumat tentang ahli perniagaan Low Taek Jho yang melarikan diri daripada pihak berkuasa Malaysia.

Khaled berkata sebarang perkongsian maklumat akan membantu pihak berkuasa menyelesaikan kes berkaitan 1MDB serta membersihkan nama Najib dan keluarga.


“Sekiranya mereka mengetahui dan mempunyai maklumat tentang Jho Low, sudah pastilah menjadi tanggungjawab mereka untuk berkongsi dengan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Khaled berkata, isu berkaitan 1MDB harus ditamatkan segera supaya kerajaan boleh tumpu kepada isu lain yang lebih penting, bukan kepada isu skandal yang tidak berkesudahan.

“Kita mahukan Jho Low, dan semua yang terlibat dalam skandal ini, dibawa ke muka pengadilan dan melalui proses yang sewajarnya secara telus dan teratur.

“Hanya inilah cara terbaik berhadapan dengan semua yang terlibat,” katanya.

Anonymous said...

Pas tak mao tanye najib seblm setuju kerjasama dgn parti sekular?...

Anonymous said...

Selama ni Pas tak kisah pon pasal cina kapir prompak jho.lo...

Kejora Bapuk Bodo said...

WSJ: Jho Low jadi alat 'tawar-menawar' rundingan China, Malaysia

Diterbitkan 2 hari yang lalu pada 17 August 2018

Oleh Ranjit Singh

Tun Dr Mahathir Mohamad yang melawat China hari ini dijangka berusaha membawa Jho Low (foto) pulang ke Malaysia. — Foto via Facebook

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — China “melindungi” Jho Low, yang dikehendaki polis, sebagai sebahagian rundingan dengan Malaysia, dakwa akhbar.

Wall Street Journal (WSJ) melaporkan jutawan itu, individu penting kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dibiarkan bebas bergerak di China

Namun Tun Dr Mahathir Mohamad yang melawat negara itu hari ini dijangka berusaha membawa Low, atau Low Taek Jho, pulang ke Malaysia.

Dua negara ini tiada perjanjian ekstradisi dalam kes jenayah.

Rundingan perdana menteri Malaysia juga melibatkan tiga projek utama yang menggunakan pinjama dan syarikat besar dari China.

Projek itu, yang kini ditangguhkan, termasuklah membangunkan Landasan Berkembar Pantai Timur (ECRL) sepanjang 688 kilometer.

Pada 2016, kerajaan Datuk Seri Najib Razak juga melibatkan entiti China dalam dua projek saluran gas di Sabah. Dua projek ini sudah digantung.

Awal minggu ini, Dr Mahathir dilaporkan ingin membatalkan projek-projek tersebut walau masih mengalu-alukan pelaburan negara kuasa besar itu.

Memetik sumber, WSJ menjangkakan Beijing melihat Low boleh dijadikan “alat tawar-menawar” dalam rundingan dengan Malaysia.

Akhbar perniagaan berpengaruh itu, yang banyak membongkar skandal 1MDB, menjangkakan “tidak mudah” China menyerahkan ahli perniagaan tersebut.

Tambahnya, kerajaan kini percaya Low antara individu utama membawa masuk projek tersebut, yang didakwa digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

Kejora Bapuk Bodo said...

Pintu untuk PAS, MIC bekerjasama kini terbuka

19 Ogs 2018, 3:57 petang (Dikemaskini 19 Ogs 2018, 4:01 petang)

A A
Satu lagi khabar menggembirakan buat PAS menjelang pilihan raya kecil (PRK) Seri Setia yang akan diadakan pada 8 Sept ini.

Selepas mendapat sokongan dan bantuan Umno, parti itu hari ini mendapat suntikan semangat baru apabila MIC pula membuka pintu untuk bekerjasama dengan PAS.

Persefahaman berkenaan tercapai semasa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertemu dengan Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran di Jalan Raja Laut hari ini.

Dalam kenyataan media dikeluarkan Pejabat Presiden PAS, Vigneswaran memberitahu MIC bersedia menjalin kerjasama dengan PAS dalam pelbagai aspek demi kepentingan bersama.

Hubungan tersebut, kata Setiausaha Politik Presiden PAS, Syahir Sulaiman, termasuk memberikan sokongan kepada calon parti itu yang terbabit dalam PRK Seri Setia.

"PAS menyambut baik keterbukaan MIC yang menunjukkan kesediaan untuk bekerjasama dalam agenda kebajikan rakyat dan keharmonian kaum dalam negara," katanya.

Untuk rekod Umno memberikan sokongan moral secara terbuka dan terbuka semasa proses penamaan calon PRK Seri Setia di Petaling Jaya semalam.

Dialog antara kaum, agama

BN tidak meletakkan calon di Seri Setia walaupun bertindak demikian pada pilihan raya umum ke-14 lalu. Ia adalah sebagai menghargai sikap PAS memberi laluan kepada Umno mencabar Pakatan Harapan (HARAPAN) di Sungai Kandis pada 4 Ogos lalu.

PRK Seri Setia akan diadakan serentak dengan PRK Balakong yang menyaksikan HARAPAN dicabar calon MCA, Tan Chee Teong.

Pada 15 Ogos lalu Abdul Hadi sudah mengeluarkan arahan kepada penyokong PAS supaya memberikan undi mereka kepada calon MCA berkenaan.

Anonymous said...

Malaikat tak nak tolong undi Pas...Jadi nak menang prk lobai Pas kena dapatkan sokongan babi dan anjing yg dikatakan dulu haram....

Anonymous said...

Akhirnya dalam tempoh 2008-2015 telah terbukti DAP menzahirkan permusuhan dan kebenciannya kpd Islam dan undang-undang Islam. Malah lebih dari itu ia menunjukkan kejahatannya dengan mengisytiharkan pemutusan hubungan, menyerang PAS, ulamak PAS dan Presiden terbuka dan bertalu-talu. Bekerja memecahbelahkan PAS dengan terlibat melobi untuk muktamar PAS dan sebagainya.

Anonymous said...

Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk menjalankan agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah pelaksanaan hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik,
dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin.

Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu tunduk kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi manusia dengan sekuat-kuatnya dari mendekati kamu.

zina perbuatan terkutok hina
ada jugak orang ynag ngaku islam kesian kat pelaku zina n lesbian
Allah tak suruh kesian pung

ada orang islam besarkan hukum antarabangsa yang dibuat oleh kapir
ada manusia hidup terok dari binatangggg
masa kecik dulu makpak pung jahil ugama maka membesarlah
anak anak dalam golongan puak jahiliahhh
bahaya puak munapik ni

Anonymous said...

Perghhhhh...ramai betul bahlol2 ph yg mmg dah kena kencing tp bodoh sombong....shut the **** up u moron....

Lge pandai berhujah....hujah kepala bapak dia ....banyak berbelit....of coz he is an accountant tp jenis accountant cina bukit....

Bahlol2 ph yg sokong lge dalam nih aku percaya geng cybertrooper yg dibayar rm3000 sebulan....kamu ingat banyak ke tuh? Hahahha...bodoh lah kasi makan anak bini kamu...just look at your own life, i mean ur personal life...i m sure it s pathetic....

Bodoh lah cybertrooper nih...maklumlahbtakde kije dan pemalas dan bodoh...

Get a life u moron!!!

Anonymous said...


6 sebatan tu .. Kena rotan depan khayalak ?



Anonymous said...

Lihat bagaimana sesatnya pendirian politik Hadi.

1. MCA bantah Hudud tapi tak bantai PAS. MCA halal utk diundi

2. UMNO bantah Hudud dan bantai PAS mcm2 label Parti Agama Sesat, Khawarij Moden. Umno halal diundi dan rayu Umno undi PAS.

3. Hadi amanatkan UMNO, MCA dan MIC kafir kerana BN mertarbatkan perlembagaan Malaysia yang kafir. Yang kafir harus diperangi.

4. Mangsa Memali didorong oleh Amanat Hadi mengangkat senjata utk berperang dan terkorban.

5. Bila Hadi buat u-turn, belot dan tak tunai janji Amanat Hadi dgn undi dan merayu undi BN, sia2 mangsa Memali.

6. Keluarga mangsa Memali patut saman Hadi dan PAS kerana penyelewengan Tabung Memali oleh pimpinan PAS dan pembelotan Hadi kpd Amanat Hadi.

Anonymous said...

Macamana nak menentukan siapakah orang yang beriman yang di maksudkan ?



Ini kes perempuan dengan perempuan, bukan lelaki dengan perempuan ...

Unknown said...

Bestlh cerita ibnu hasyim kelakrlh.boleh baca hari2.terhibur.sapa2 susah hati bileh baca.hati akn tenang.

Anonymous said...

Mintak Tuan Admin ambil lah closeup 2 lesbian Melayu ni. Mana tahu ada disini yg teringin nak bawa mereka kejalan yg baik2.

Kesilapan mereka tak faham ugama.

Anonymous said...

Barua tetapa barua... setia menyalak walau apa pun isu...Sami perogol pun barua bela... geng kunyit pun barua bela.... lesbian pun barua bela...

Kahkahkah... tunggu isu gay plak..

Anonymous said...

Sunday, 19 August 2018
UMNO TIADA LAGI MASA DEPAN, ELOK JUGA KJ KELUAR DENGAN SEGERA!!!


Hanya kerana menyatakan rasa tidak setujunya dengan kerjasama UMNO dan Pas dalam pilihanraya kecil Seri Setia serta menyokong usaha kerajaan Pakatan Harapan untuk menyiasat semula skandal 1MDB agar parti tidak terus mengusung "bangkai bernyawa", Khairy Jamaluddin disarankan agar segera keluar UMNO dan menyertai PKR atau DAP.



Dalam hal ini, ternyata yang mereka rapat atau pernah bekerja dengan Najib Razak masih tidak mahu menerima hakikat kalahnya UMNO dalam pilihanraya umum lalu adalah kerana skandal 1MDB.



Di mana salahnya KJ bercakap mahukan kebenaran mengenai 1MDB serta mengkritik kerjasama UMNO dan Pas?


Anonymous said...

""""Sebagaimana disiarkan oleh beberapa akhbar online, Tan Sri Razali dilaporkan sebagai berkata, hukuman seperti itu memalukan, merendahkan dan percubaan untuk memalukan si pelaku dan keluarga mereka secara terbuka.

Beliau juga dilaporkan sebagai berkata,ia sekaligus bertentangan dengan nilai martabat manusia, dan tidak selari dengan komitmen menjaga maruah seseorang seperti yang dianjurkan dalam setiap agama.

"Suhakam menegaskan hukuman sebat dalam keadaan apapun melanggar larangan mutlak penyeksaan dan hukuman kejam, tidak berperikemanusiaan atau menghina di bawah undang-undang antarabangsa," ujarnya dalam laporan tersebut.,"""

Berpenyakit betul, ilmu dunia tinggi,ilmu agama pulak ciput.

Anonymous said...

Dengan muka tak malu #FiraunTua merayu untuk menjual maruah negara kepada China setelah gagal menjual negara kepada Jepun.
Masalah fiskal kerana kebebalan pentadbiran negara mengurus kewangan dan ekonomi negara.
Asyik menyalah pentadbiran terdahulu, bukan memikirkan penyelesaian dan menyelami nasib rakyat.
********

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails