Sunday, August 19, 2018

Pembangkang Kuat Tambah Baik K'jaan PH -Tuan Ibrahim




SEBUAH kerajaan yang kuat memerlukan pembangkang yang kuat.
Dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia dan Balakong, PAS akan berkempen untuk menarik rakyat untuk menguatkan barisan pembangkang di Selangor demi kesuburan demokrasi dan juga menambah suara semak dan imbang di Dun Selangor yang dikuasai 90 peratus oleh PH.
Oleh itu, kekalahan PH di dua PRK bakal menjadi pemangkin kepadanya untuk berusaha melaksanakan manifestonya tanpa leka, dan yang untung pada akhirnya ialah rakyat Malaysia dan negara.
PAS juga mengalu-alukan pengakuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Pakatan Harapan telah terlebih menabur janji untuk memenangi pilihan raya dan mengaku bahawa PH hanya sekadar berjaya menunaikan 21 daripada 60 janji manifestonya (35 peratus) di dalam pencapaian 100 hari.
Ini adalah satu permulaan yang baik kepada politik baru yang bersifat lebih jujur dan rendah diri dalam menghadapi kegagalan dan kelemahan sendiri daripada sikap suka menegakkan benang yang basah seperti yang diamalkan kerajaan yang lalu.
Meskipun di dalam konteks pelaksanaan 100 hari, PH hanya sekadar mampu menunaikan 3 daripada 10 janjinya kepada rakyat, PAS percaya jika PH ikhlas dan tekad untuk menunaikan janjinya, kesemua janji akan dapat melaksanakannya meskipun ada perkara di dalam manifesto PH yang PAS tetap tidak bersetuju.
PAS tidak pernah mengharapkan PH gagal menunaikan janji-janjinya kerana kegagalan itu hanya membawa kesengsaraan kepada rakyat dan juga negara. PH memerlukan pembangkang yang kuat bagi memastikan mereka tidak leka daripada menunaikan janji mereka kepada rakyat.
Sebagai pembangkang, PAS perlu memainkan peranannya sebagai semak dan imbang kepada kerajaan, menyokong bilamana agendanya baik kepada rakyat dan Islam, membantah bilamana ia tidak dan memberikan kritikan supaya ia dapat berubah sebelum terlambat.
Diharap demokrasi negara akan menjadi matang sekiranya semua parti politik dapat saling menasihati dan mengkritik bukan untuk menjahanamkan pihak lain tapi demi membawa yang terbaik kepada rakyat dan negara.
Kepada para pengundi Seri Setia dan Balakong, berilah undi untuk menguatkan pembangkang di PRK Seri Setia dan Balakong dan insya Allah seluruh rakyat akan mendapat manfaat daripada keputusan itu.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ahli Parlimen Kubang Kerian
Timbalan Presiden PAS
18 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 18/8/2018


19 comments:

Anonymous said...

utk mnguatkn pembangkang iaitu pas umno...maka tolak mereka di seri setia.

itu maksud titm. klu mereka menang pembangkang tk kuat. dr halimah hnyalah seorg wanita yg lemah.

klu utk undi memilih doktor sebuah hospital daerah.. maka undilah dr halimah.

Anonymous said...

Kita xnk pembangang kuat..semoga allah hancurkan pembangkang sebagaimana tentera ahzab

Anonymous said...

Hapuskan pembamgkamg!!!!

Anonymous said...

Majoriti rakyat malaysia tolak n bencikan pembangkang!!!

pak asim said...

Hapuskan pas lahanat!!

Anonymous said...

pas nk tgk manifesto.. buat rombongan ke p.klang. tgk equanimity tu. tu manifesto ph.

klu pas umno menang. jholow lalu 14x selat melaka pun pas takbir je.. bc kn doa selamat jln lg.

Anonymous said...

Tuan ibrahim bukan bijak pon...kena tipuu dgn arulkanda tuan ibrahim puashati...

Anonymous said...

Pembangkang tambah kuat menipu dan fitnah..

Kejora Bapuk Bodo said...

Peguam: Jho Low putar belit, tiada bantahan rasmi AS isu Equanimity

19 Ogs 2018, 3:00 petang (Dikemaskini 19 Ogs 2018, 3:03 petang)

A A
Tiada pihak berkuasa AS yang membuat bantahan rasmi berhubung pemyerahan kapal layar mewah Equanimity kepada Malaysia pada 6 Ogos lalu, kata peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Menurut Haniff, tiada bantahan yang dilaporkan oleh kerajaan AS, Jabatan Kehakiman AS (DOJ) atau Keduataan AS terhadap kerajaan Malaysia, Indonesia, mahu pun Mahkamah California.

Merujuk dokumen yang diserahkan DOJ kepada mahkamah Calofirnia semalam, beliau mendakwa ia merupakan bukti bahawa AS tidak mempunyai bantahan terhadap tindakan Indonesia menyerahkan Equanimity kepada Malaysia dan bukannya AS.

Beliau juga mendakwa Low Taek Jho atau Jho Low membuat kenyataan palsu dan mengelirukan apabila mendakwa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menipu.

"Jho Low adalah dengan tegas disarankan untuk diam membisu dan cubalah sembunyikan diri beliau setakat mana dia mampu, sehinggalah tangan penguatkuasaan perundangan memberkasnya kelak, daripada menambahkan lagi kemarahan rakyat Malaysia dengan tohmahan jahat melalui kenyataan palsu terhadap Dr Mahathir dan peguam negara, iaitu pihak berkuasa negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Haniff berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Jho Low semalam yang mendakwa kenyataan DOJ adalah bukti Dr Mahathir dan Putrajaya menipu tentang bekerjasama dengan kerajaan AS untuk memindahkan Equanimity.

tuan ibrahm tuan man said...

SAYA BERPUAS HATI DGN PENJELASAN ARULKANDA.1MDB TIADA UNSUR JENAYAH.PAS PUSAT PUN BERPUAS HATI.

Anonymous said...

Begitu puak anti Islam berhujah.. seperti sarang labah-labah.

Anonymous said...

Takbir

Anonymous said...

Utk kejar kuasa politik sekular, PAS boleh peluk dgn semua yg mereka kafiri dulu Umnogok, MCApigs dan MICpigs.

Ketiga2 Parti membantah Hudud dan RUU355, tadak hal pasal PAS bersendirian dlm Pakatan Ikatan Gagasan Sejahtera (PIGS) pun dah buang Amanat Hadi, Hudud dan RUU355 dari manifesto PIGS.

PAS mempamirkan selera sekular awal2 benarkan bikini utk pelancong bukan Islam diTerengganu bukan mengenalkan pakaian sopan spt yg dituntut MP2 PAS kpd org lain bukan PAS. Alasan sekular bikini kerana takut terjejas industri pelancongan.

Sama diKelantan tindakan sekular malah mirip Zionis terhadap kaum Asli kerana tamak untung balak dan galian yg dikaut kroni2.

Hadi mengalu2kan utk bersama dgn Klepto Najib, bini Rosmah dan Jamal Jamban berkempen diSeri Setia dan Balakong sbg meraikan rakan taawun yg memberi dedak. Tidak hairan PAS pun mengalukan Jho Low berkempen kerana berpuas hati isu 1MDB.

Klepto Najib dan bini berserta Jamal Jamban adalah dalam senarai top 10 yg diharamkan UMNO sbg orang2 yg tidak dikehendaki dimana2 (Unwanted List). Hebatnya bau hancing dan kencing Klepto dihidu UMNO bertukar wangian kpd PAS balas budi baik.

Anonymous said...

Ahli2 keluarga mangsa2 Memali diseru menyaman Hadi dan PAS kerana belot dari perjuangan Amanat Hadi bila memeluk Umno, MCApigs dan MICpigs. Hadi sudah kencing mereka semua bila berbaik2 dan bersubahat dgn BN demi kuasa politik sekular dunia.

Amanat Hadi mendorong mangsa mengangkat senjata dan berperang dgn kafir2 kerana Hadi mengamanatkan UMNO, MCA dan MIC berpegang kpd perlembagaan Malaysia yang kafir dan patut diperangi.

Anonymous said...

Akhirnya jelaslah sudah . Islam itu agama, PAS itu parti . Semoga seluruh Islam di Malaysia sedar dan bersatu demi Islam dan kemaslahatan ummah serta negara .Bukan demi PAS semata kerana Islam itu addin, PAS itu parti politik .

Anonymous said...

lps ni pas hadi suruh sokong kafir mca.. sepatutnya hadi diperangi kerana khianat pd perjuangan islam.

Anonymous said...

Akhirnya dalam tempoh 2008-2015 telah terbukti DAP menzahirkan permusuhan dan kebenciannya kpd Islam dan undang-undang Islam. Malah lebih dari itu ia menunjukkan kejahatannya dengan mengisytiharkan pemutusan hubungan, menyerang PAS, ulamak PAS dan Presiden terbuka dan bertalu-talu. Bekerja memecahbelahkan PAS dengan terlibat melobi untuk muktamar PAS dan sebagainya.
ramai geng pakatan/dap yang ketingalan bas rupanya..tak faham pening kepala sakit kepala sampai sasau..terus mereng - betul/tidak..
marilah bersama2 kita membagunkan negara dengan pengetahuan dan maklumat yg benar ..buangkan persepsi dan meraih undi dengan sentimen..

Anonymous said...

Najib Razak mencatat satu sejarah yang tidak pernah berlaku kepada mana-mana bekas Presiden UMNO sebelum ini.



Hanya selepas 100 hari UMNO hilang kuasa yang punca utamanya adalah skandal 1MDB yang terkait secara langsung dengannya, bekas Perdana Menteri itu dilaporkan akan diminta "berehat" daripada mencampuri sebarang urusan berkaitan parti itu.



Ini berikutan ramai pemimpin UMNO sudah bersuara menyatakan kehadirannya terus bersama parti itu akan menghalang kepimpinan baru melaksanakan perubahan, selain beliau juga dianggap beban yang merumitkan lagi usaha mengembalikan semula sokongan rakyat.



Ada juga pemimpin UMNO yang menganggap Najib sudah jadi sejarah, justeru beliau diminta tidak perlu sibuk-sibuk lagi dengan hal ehwal parti yang pernah kecundang ditangannya.



Tindakan meminta seorang bekas Presiden UMNO untuk "berehat" daripada mencampuri urusan UMNO tidak pernah berlaku kepada sesiapa sebelum ini dan Najib merupakan yang pertama dikenakan peraturan tersebut.



Sudahlah hilang kuasa, berdepan kes di mahkamah dan menghadapi kecaman awam berikutan penemuan wang tunai, barang kemas serta beg tangan mewah yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion di kediamannya, Najib kini seakan-akan dipinggirkan pula oleh kepimpinan UMNO sedia ada yang ingin menjauhkan diri daripadanya.



Malang sungguh nasib seorang bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri yang bernama Najib Razak ini!!



Dengan peraturan baru ini, Najib dengan sendirinya tidak akan dialu-alukan untuk turun berkempen dalam pilihanraya kecil Seri Setia dan Balakong sebagaimana yang yang dilakukannya di Sungai Kandis sebelum ini.



Meskipun UMNO tidak bertanding dalam kedua-dua pilihanraya kecil itu, apabila UMNO menguatkuasakan ketetapan "merehatkan" Najib, maka sudah tentu Pas dan MCA yang bertanding di Seri Setia dan Balakong juga tidak mengalu-alukan kehadiran bekas Perdana Menteri itu.



Sebelum ini, Najib juga mencipta sejarah sebagai satu-satunya bekas Presiden UMNO yang pernah didakwa di mahkamah selepas tidak lagi memegang jawatan itu.



Semua bekas presiden UMNO selama ini bukan saja tidak pernah didakwa di mahkamah, bahkan mereka menerima penghormatan yang tinggi sebaik saja bersara.



Tetapi, Najib barangkali akan menghabiskan banyak masanya di mahkamah untuk membela diri atas pertuduhan yang akan dihadapinya.



Setakat ini tujuh pertuduhan sudah dikenakan kepadanya dan mungkin lebih banyak pendakwaan lagi sedang menunggunya selepas ini.



Jika pendakwaan di mahkamah itu berakhir dengan hukuman penjara, Najib sekali lagi akan mencipta sejarah sebagai bekas Presiden UMNO yang pertama menerima hukuman tersebut.



Selain itu, jika mahu dikira sebagai sejarah ketika memegang jawatan dalam kerajaan pula, Najib juga satu-satunya Perdana Menteri yang pernah ada wang sebanyak RM2,600 juta atau mungkin lebih dalam akaun bank peribadinya.



Ketika ada jawatan atau selepas hilang jawatan, Najib nampaknya sentiasa ada sejarah yang diciptanya. (ShahbudinHusin 18/08/2018).

Anonymous said...

Ye betul hapuskan pembangkang sebelum pru14

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails